Ahad, 8 Januari 2017

Syed Saddiq sedia gerakkan 'armadanya' dalam politik

 

Sebagai "kapten" sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang digelar Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman bersedia menggerakkkan "armadanya" melawan arus politik.

Syed Saddiq berkata seramai 21 barisan pemimpin exconya dan 12 ketua penyelaras negeri dipilih
menerusi proses  'temuduga korporat' yang telah menarik lebih 1,000 permohonan.

"Daripada jumlah pemohon itu, mereka yang terpilih dipanggil untuk ditemuduga.

"Ini adalah cara yang paling inklusif untuk memastikan bahawa semua pemohon akan dinilai berdasarkan meritokrasi dan secara demokratik," katanya.

Antara lain, Syed saddiq berkata barisan kepimpinannya termasuk seorang doktor, ahli perniagaan, orang kurang upaya, bekas pemimpin mahasiswa dan tiga mahasiswa dari universiti tempatan.

"Kami tidak menyesal mengatakan kami mewakili kelompok otomotif, kelab kereta, individu kurang upaya dan lain-lain.

"Meskipun orang mengatakan BERSATU seperti UMNO, kami membuat satu titik awal, dasar Armada harus ada setidaknya seorang anggota (Exco) bukan-bumiputera untuk memastikan bahawa dalam jangka panjang kami akan menjadi parti inklusif ," katanya.

Dalam hal keanggotaan, katanya sayap Armada terbuka kepada anggota berusia antara 15 dan 35 tahun yang pada ketika ini mewakili sekitar 40 peratus daripada jumlah anggota berdaftar.

Syed saddiq juga menyatakan terima kasih kepada Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad dan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mengakui peranan golongan muda dengan melantiknya sebagai naib presiden.

Tiada ulasan: