Jumaat, 27 Januari 2017

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

SELANGOR KINI

ringgit


SHAH ALAM: Ringgit didagangkan pada 4.4290/4350 berbanding dolar AS, lebih rendah berbanding 4.4270/4310 penutup semalam.

Bagaimanapun, peniaga berkata ringgit dijangka mengukuh sepanjang hari ini mengambil kira faktor sentimen pasaran terhadap dolar.

Sementara itu, ringgit lebih tinggi berbanding mata wang utama dunia.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1079/1138 daripada 3.1165/1200 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.8641/8696 daripada 3.8776/8828.

Ia mengukuh berbanding pound British kepada 5.5774/5859 daripada 5.5917/5981 dan lebih tinggi berbanding euro pada 4.7311/7392 daripada 4.7462/7509

Sementara itu, saham di Bursa Malaysia memulakan dagangan lebih rendah pagi ini.

Indeks penanda aras Bursa Malaysia, Indeks FBM KLCI turun 3.27 mata kepada 1,695.49 berbanding penutup semalam.

Pada 9.02 pagi, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 57 berbanding 30, manakala 97 kaunter tidak berubah. Sejumlah 49,636,200 lot saham bertukar tangan.

Reuters melaporkan, harga minyak naik dua peratus, dilonjakkan rali di pasaran saham Amerika Syarikat (AS), sungguhpun kenaikan harga dihadkan oleh inventori yang besar.

Dagangan hadapan minyak mentah AS naik AS$1.03 kepada AS$53.78 satu tong, naik dua peratus, manakala penanda aras global Brent ditutup AS$1.16 lebih tinggi, atau 2.1 peratus, kepada AS$56.24.

Minyak mentah AS mencecah paras puncak AS$54.06, tertinggi dalam lebih tiga minggu, selepas Wall Street memulakan dagangan yang menyaksikan pasaran melanjutkan kenaikan hari sebelumnya apabila Dow Jones Industrial Average ditutup melepasi paras 20,000 buat pertama kalinya.

Pengarah Dagangan Hadapan di Mizuho Americas, Robert Yawger, berkata pasaran dijangka menolak harga ke arah AS$55 satu tong bagi dagangan minyak mentah AS. – Reuters/-nR-'

Tiada ulasan: