Khamis, 12 Januari 2017

Pakatan akan kurangkan kakitangan kerajaan jika menang PRU 14

AIDC News ·


 


KUALA LUMPUR – Jika berjaya menawan Putrajaya Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), Pakatan Harapan (PH) akan melaksanakan polisi mengurangkan kakitangan kerajaan yang disifatkan tidak memberikan pulangan kepada pendapatan negara.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata PH akan menyusun semula kewangan negara dengan melabur semula sumber hasil bumi negara di sektor yang mendatangkan pulangan pendapatan dan mengurangkan kos pembayaran kakitangan kerajaan yang disifatkan membebankan kewangan negara.

“Kita asingkan pendapatan daripada minyak, lombong, gas dan barang-barang yang tiada kaitan dengan kerja keras atau kebijaksanaan rakyat. Malah kita tubuhkan satu badan asing untuk mentadbir kewangan tersebut.

“Kita masukkan dalam pelaburan, kita gunakan dalam pendidikan, infrastruktur tertentu dan bukannya gunakan untuk membayar gaji dan mengubah suai pejabat serta perkara lain yan tidak memberikan pulangan,” katanya dalam forum bertajuk “Berapa beban hutang dari projek mega Najib”, pada malam Selasa.

Agenda mengurangkan kakitangan kerajaan merupakan sebahagian daripada modal kempen DAP di kalangan pengundi bukan Melayu khususnya bagi menghadapi PRU 14.

 

Tiada ulasan: