Rabu, 25 Januari 2017

Malaysia merosot ke tangga 55 Indeks Persepsi Rasuah 2016

 
Presiden TI-M berkata Malaysia mencatat skor 49 daripada 100 dalam tinjauan CPI.



akhbar-satar

KUALA LUMPUR: Malaysia berada di tangga ke-55 daripada 176 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2016 dan 3 negara teratas dalam kalangan negara Asean, kata Transparency International-Malaysia (TI-M).

Presidennya Datuk Akhbar Satar berkata Malaysia mencatat skor 49 daripada 100 dalam tinjauan CPI.
Berbanding negara Asean lain, Malaysia berada di bawah Singapura (kedudukan ke-7) dan Brunei (ke-41) namun di atas Indonesia (ke-90), Filipina (ke-101), Thailand (ke-101), Vietnam (ke-113), Laos (ke-123), Myanmar (ke-136) dan Kemboja (ke-156).

Pada 2015, Malaysia berkedudukan ke-54 namun tambahan 9 negara dalam CPI 2016 menyumbang kepada ranking Malaysia untuk 2016 berikutan sesetengah negara terbabit berada di atas Malaysia, katanya.

Skor dan kedudukan CPI ditentukan menerusi tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara berdasarkan skala 0 (dianggap paling rasuah) kepada 100 (paling bersih).

Akhbar berkata Denmark dan New Zealand berkongsi tangga pertama dengan skor 90 manakala Findland, Sweden dan Switzerland masing-masing dalam kelompok 5 negara teratas indeks.

Lima negara terbawah ialah Sudah Selatan, Korea Utara, Syria, Libya, Yaman dan Sudan selaku negara paling bawah.

Akhbar said TI-M menggesa kerajaan melaksanakan syor pertubuhan itu bagi membasmi sepenuhnya rasuah .
Antara syor terbabit ialah memperkenalkan peruntukan tanggungjawab korporat dalam undang-undang sedia ada dan menjadikan sijil ISO 37001 Sistem Pengurusan Anti Rasuah sebagai prasyarat untuk semua vendor kerajaan.

Tiada ulasan: