Jumaat, 20 Januari 2017

Mahkamah tangguh prosiding cabaran persempadan semula Selangor


OLEH ERMIZI MUHAMAD


IMG_5389


KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan keputusan permohonan Kerajaaan Negeri mengenepikan cadangan proses persempadan semula Selangor yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 24 Januari depan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan berkata, penangguhan dibuat bagi membenarkan proses hujahan diteruskan sebelum sebarang keputusan dibuat pihak mahkamah.

Untuk tempoh itu juga, mahkamah menetapkan larangan kepada SPR untuk meneruskan proses ‘inquiry’ sepanjang prosiding perbicaraan berjalan.

MB SPR

Terdahulu, Kerajaan Negeri memohon kepada pihak mahkamah membatalkan notis dan syor berhubung proses persempadan semula SPR.

Tindakan itu dibuat susulan pencabulan yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan apabila wujunya penafian komposisi kaum di setiap Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Selangor.

Permohonan semakan itu juga menyaksikan Selangor sebagai negeri pertama mencabar proses persempadanan semula SPR, September lalu.

Kerajaan Negeri sebelum ini menamakan Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai responden.

Sementara itu, Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan Latheefa Koya mewakili Kerajaan Negeri mencabar cadangan persempadan SPR.

Tiada ulasan: