Rabu, 11 Januari 2017

Dua lelaki didakwa culik murid sekolah direman


Dua lelaki didakwa culik murid sekolah direman
Suspek ditahan bagi membantu siasatan dan gambar yang dirakam menjadi viral di laman sosial.
 
 
SHAH ALAM - Seorang juruteknik dan penganggur direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes culik seorang murid yang juga anak kepada pemilik kilang langsir di Sungai Buloh, semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Khairul Nizam Abu Bakar selepas membenarkan permohonan polis.

Suspek yang masing- masing berusia 26 dan 25 itu disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Semalam, suspek dilaporkan cuba menculik anak wanita berkenaan namun gagal selepas mereka dikejar oleh orang awam.

Dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, mangsa keluar dari rumahnya di Bandar Baru Sungai Buloh, untuk mengalihkan kereta di hadapan rumah.

Suspek yang menaiki sebuah van putih, mendekati mangsa sebelum menariknya masuk ke dalam van.

Sekeping nota dalam bahasa Mandarin yang memaklumkan mangsa diculik dan meminta wang tebusan RM5 juta ditinggalkan di hadapan rumah mangsa.

Tiada ulasan: