Isnin, 9 Januari 2017

Bagan Datuk diisytihar daerah ke-12 Perak

Bernama ·


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menandatangani plak pengisytiharan Daerah Bagan Datuk ketika majlis pengisytiharan daerah ke-12 negeri itu di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk hari ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. – Gambar Bernama

BAGAN DATUK – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan mengisytiharkan Bagan Datuk sebagai daerah ke-12 negeri itu.

Dengan perisytiharan itu, ejaan Bagan Datoh turut dengan rasminya ditukar kepada Bagan Datuk.

Majlis pengisytiharan itu berlangsung di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk dengan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang merupakan anggota Parlimen kawasan itu, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Exco kerajaan negeri.
Majlis itu turut dihadiri kira-kira 15,000 warga Bagan Datuk.

Tiada ulasan: