Jumaat, 18 Ogos 2017

PKR Sudah Goyang : Wan Azizah Bayangkan Mahu Berbaik Semula Dengan PAS






PKR dilihat goyang selepas PAS Permatang Pauh menghantar isyarat mahu bertanding di Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah dalam kenyataan terbaharu berkata partinya tidak menolak kemungkinan bekerjasama semula dengan PAS berkenaan pembahagian kerusi pada PRU 14, meskipun parti Islam itu bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan.

“Memang objektif kita adalah menjatuhkan Barisan Nasional (BN). Kalau ada apa-apa yang boleh membantu kita ke arah itu, kita akan cuba,” katanya kepada FMT, malam tadi.

Wan Azizah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu pembahagian kerusi di antara PKR dan PAS pada PRU akan datang bagi mengelak pertandingan 3 penjuru.

Mei lalu, PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR. Bagaimanapun, ia tidak menghalang beberapa pemimpin PKR termasuk Wan Azizah dan timbalannya Datuk Seri Azmin Ali melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Azmin menjelaskan, kunjungan itu hanyalah suatu lawatan dan tiada perbincangan dilakukan.
Tambahnya, walaupun PAS bukan sebahagian PH, namun partinya masih sudi membincangkan pilihan kerusi.

Namun Azmin menegaskan sehingga ke hari ini masih tiada perbincangan rasmi dilakukan antara kedua-dua parti.

Menurut Wan Azizah, ruang perbincangan masih terbuka dan terbukti apabila arahan letak jawatan terhadap lantikan politik PKR dalam pentadbiran Kelantan yang dikuasai PAS, diubah setelah perbincangan dilakukan.

“Bila kita berkomunikasi, menteri besar Kelantan sendiri katakan masih perlu untuk kerjasama dengan PKR. Jadi kita okay, kalau mana yang dikekalkan, maka ia diteruskan,” katanya ringkas.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Khairuddin Aman Razali berkata PKR mesti “bertaubat nasuha” terlebih dahulu sebelum berhasrat menjalin kerjasama semula dengan PAS.

“Macam mana nak bekerjasama jika pimpinan PKR berterusan menyerang PAS dengan pelbagai tuduhan termasuk fitnah PAS menerima dedak Umno?” kata Khairuddin kepada FMT.

Beliau berkata PKR menghulurkan kerjasama kerana merasakan kedudukan mereka, khususnya di Selangor, yang ditadbir bersama PAS tergugat.

“Ini hanyalah cubaan PKR menagih simpati PAS,” jawab Khairuddin. “Sebelum ini mereka sombong dan berlagak seolah merekalah parti terkuat di dunia.”

PAS memiliki 13 kerusi DUN di Selangor, bersama dengan PKR (13), DAP (14) dan Amanah (2) untuk membentuk sebuah kerajaan gabungan. Kerusi DUN Bukit Antarabangsa, yang diduduki Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, berkongsi kawasan Parlimen Ampang dengan Adun Lembah Jaya Khasim Abdul Aziz dari PAS. Kerusi Parlimen Gombak turut mempunyai seorang Adun PAS, Hasbullah Mohd Ridzwan di DUN Gombak Setia.

“Ahli dan pimpinan PAS tidak sesekali akan dipatuk ular 2 kali dalam hubungan dengan PKR,” kata Khairuddin.

“Mereka menyokong ahli Parlimen PAS melompat ke parti mereka ketika sedang bertahaluf. Mereka berpakat dengan mereka yang mengkhianati PAS ketika bertahaluf. Di mana semangat setiakawan?”

Beliau dipercayai merujuk kepada Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar, yang menyertai PKR pada 11 September 2015. Kemasukan itu menyusuli tindakan keluar parti pemimpin veteran PAS seperti Ahmad Awang, Mohamad Sabu, Khalid Samad, Salahuddin Ayub, Dzulkefly Ahmad, Mujahid Yusuf Rawa dan Raja Kamarul Bahrin untuk membentuk Amanah.

Benarkah DAP Tidak Bercita-Cita Tinggi Dalam Politik ? – Dr Kamarul






Sesiapa sahaja yang mahu melaungkan bahawa DAP tidak bercita-cita tinggi dalam politik perlu mengkaji terlebih dahulu sejarah penglibatan DAP dalam pilihan raya umum di Malaysia sebelum berkata demikian.

Selaku seorang pengkaji politik yang cekal, saya berpeluang meneliti beberapa sumber primer mengenai proses agihan kerusi Parlimen antara parti-parti dalam Barisan Alternatif pada Pilihan Raya Umum 1999.

Cadangan awal agihan kerusi Parlimen oleh ketiga-tiga parti adalah seperti berikut:

(1) Cadangan PAS: 76 PAS, 38 DAP, 23 KeADILan dan 7 PRM.
(2) Cadangan KeADILan: 54 PAS, 54 KeADILan, 29 DAP dan 7 PRM.
(3) Cadangan DAP: 48 DAP, 48 PAS, 48 KeADILan dan 0 PRM.

Berunding punya berunding (lihat umpamanya “DAP tetap tanding 48 kerusi”, dlm. Berita Harian, 21 Julai 1999; dan “DAP mahu pembahagian sama rata”, dlm. Berita Harian, 22 Julai 1999), agihan akhir yang dipersetujui ialah 63 PAS, 58 KeADILan, 38 DAP dan 3 PRM.

Lihatlah betapa lunaknya Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor selaku Presiden PAS terhadap KeADILan yang baru sahaja ditubuhkan dan betapa tegasnya beliau terhadap DAP sehingga KeADILan mendapat lebih dari yang diminta dan DAP mendapat kurang dari yang diminta.

Kelunakan Almarhum Datuk Fadzil terhadap KeADILan dan ketegasan beliau terhadap DAP ini sekali gus membuatkan ketetapan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 24 Jun 1999, iaitu bahawa kerusi minima yang akan ditandingi oleh PAS adalah 76, tidak terpenuh.

Apa pun, perkara sebenar yang mahu saya tunjukkan di sini ialah, jika benar DAP kononnya tidak bercita-cita tinggi dalam politik, mengapa pula pemimpin DAP awalnya bertegas mahu agihan kerusi antara parti-parti dalam Barisan Alternatif dilakukan sama rata?

Lihat pula apa yang berlaku sejak Pilihan Raya Umum 1999: Jumlah kerusi Parlimen yang ditandingi oleh DAP sentiasa meningkat, iaitu dari 38 dalam Pilihan Raya Umum 1999 menjadi 44 dalam Pilihan Raya Umum 2004, 47 dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan 51 dalam Pilihan Raya Umum 2013.

Lihat pula apa yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Bukankah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, telah mengumumkan, pada 30 Disember 2016, bahawa DAP mensasarkan untuk bertanding dua kali ganda jumlah kerusi Parlimen (dan Dewan Undangan Negeri) yang ditandingi olehnya di Sabah dalam Pilihan Raya Umum 2013?

Bukankah, kerana DAP bertanding di 4 kerusi Parlimen di Sabah dalam Pilihan Raya Umum 2013 (Sepanggar, Kota Kinabalu, Putatan dan Sandakan), maka kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh DAP dalam pilihan raya umum akan datang akan bertambah menjadi 55?

Bukankah hari ini beberapa sumber DAP secara terbuka mendedahkan hasrat DAP untuk meletakkan tokoh-tokoh veterannya bertanding kerusi Parlimen yang lebih sukar, di mana “sesetengah kerusi itu sebelumnya ditandingi oleh rakan kerjasama kami (DAP)”?

Bukankah jika hasrat DAP ini tercapai, dengan PKR dan/atau AMANAH akan menghadiahkan kerusi mereka kepada DAP, maka kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh DAP dalam pilihan raya umum akan datang akan bertambah menjadi lebih daripada 55?

Lebih jauh lagi, bukankah DAP pernah mengemukakan draf persempadanan semula kawasan pilihan raya yang, jika dipersetujui, akan membolehkan DAP mengambil-alih kuasa politik dengan menambah kerusi bandar menjadi 143 berbanding 80 kerusi luar bandar?

Dan bukankah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, pernah menyebut di Nanyang Technological University, Singapura, bahawa “kita” (bukan Melayu Islam) mempunyai peluang untuk menjadi Perdana Menteri jika Perlembagaan Persekutuan kekal seperti sekarang?

Jangan mudah kata DAP tidak bercita-cita tinggi dalam politik ya.

Rujukan: “DAP timbang letak veteran di kerusi sukar pada PRU14”, dlm. The Malaysian Insight, 17 Ogos 2017.

DAP sedang menimbang untuk meletakkan tokoh-tokoh veterannya seperti Lim Kit Siang, Teresa Kok dan lain-lain bertanding kerusi Parlimen yang lebih sukar bagi membuka jalan kepada generasi pelapis parti itu menyertai pilihan raya umum akan datang.

Beberapa sumber parti memberitahu The Malaysian Insight DAP akan terus memberi fokus kepada Johor, negeri kelahiran Umno, parti yang menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita mengintai kerusi yang lebih sukar untuk pemimpin veteran. Tetapi sesetengah kerusi itu sebelumnya ditandingi oleh rakan kerjasama kami, jadi kena ada pujuk-memujuk,” kata seorang sumber.

*Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM).

PAS Tuntut Penjelasan Tun M Berhubung Kes Liwat Anwar Ibrahim



LIHAT VIDEO DI SINI


PAS menuntut bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sikap sebenarnya berhubung dengan kes liwat Anwar Ibrahim.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata perkara itu penting kerana semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri beliau menuduh Anwar sebagai peliwat sebagai alasan memecatnya daripada UMNO.

“Benda ini penting, sebab tuduhan terhadap Anwar itu suatu perkara yang serius dan dia (Dr Mahathir) yang membuat kenyataan.

“Betul ke tak betul tuduhan ? Kalau betul tuduhan itu, macam mana (sekarang) dia (Dr Mahathir) boleh bersama dengan Datuk Seri Anwar dalam politik ?

“Kalau menang Pakatan Harapan, cadangan mereka adalah Datuk Seri Anwar menjadi Perdana Menteri. Jadi kalau Datuk Seri Anwar benar-benar terlibat dalam liwat sebagaimana tuduhan Dr Mahathir, adakah Dr Mahathir nak telan balik ludah dia itu ?,”soalnya.

Pada tahun 1998, Dr Mahathir memberitahu pemberita bahawa Anwar merupakan seorang biseksual yang melakukan aktiviti liwat bersama lelaki dan dalam masa sama turut berzina dengan wanita-wanita tertentu.

Jelas Dr Mahathir, sebab itu Anwar dipecat daripada UMNO untuk menghalangnya daripada menjadi pemimpin negara.

“Tindakan (memecat Anwar) telah diambil kerana manusia ini (Anwar) tidak boleh dibenarkan menjadi pemimpin di sebuah negara seperti Malaysia.

“Saya sebenarnya telah menemuduga lelaki yang dia (Anwar) liwat dan wanita-wanita yang (dia) lakukan seks.

“Mereka yang memberitahu saya (secara peribadi), tanpa kehadiran polis atau sesiapa,”kata Dr Mahathir

LIHAT VIDEO DI SINI

Tun Mahathir ‘Everything To Hide’ Berkenaan Soalan Kes Liwat Anwar- Fariz Hadi



Warga Felda perlu ingat kes Kasitah Gaddam

TUAN IBRAHIM TUAN MAN

 
 
PAS mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berani bertindak menahan Tan Sri Isa Samad atas kes pembelian hotel oleh FIC seperti mana seorang exco DAP Pulau Pinang atas kes sebuah kilang beroperasi secara haram di Kampung Sungai Lembu.
 
Semua mengetahui kemarahan warga Felda tertumpu kepada Isa dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Keputusan PM untuk menubuhkan FGV dan melantik Isa, yang pernah dibuktikan bersalah bermain politik wang oleh Umno sendiri untuk menerajui Felda telah menjejaskan masa depan Felda dan peneroka.
 
Sehingga kini, PM masih tidak menjawab mengapa beliau memilih Isa. Mengapa tindakan mengeluarkan Isa daripada Felda sebegitu lambat? Mengapa pula Isa dilantik untuk menerajui SPAD?
 
Semalam bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad direman 5 hari.
 
Tindakan kepada Isa ini masih awal untuk dibuat apa-apa kesimpulan tetapi yang pasti ia tidak akan menyelesaikan masalah Felda. Ia bukan penanda Felda sudah selamat. Jika ada wang yang diseleweng, ia telahpun diseleweng.
 
Apakah langkah pemulihan untuk memulihkan Felda dan FGV daripada kepincangan yang wujud di zaman Isa dan Najib?
 
Itu yang perlu terus dituntut warga peneroka dan bukannya sekadar berpuas hati dengan sekadar tindakan ke atas Isa yang masih jauh untuk diketahui kesudahannya.
 
Ketika Tun Abdullah Badawi baru menjawat jawatan Perdana Menteri, bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Malaysia, Tan Sri Kasitah Gaddam telah diheret ke mahkamah untuk didakwa.
 
Peristiwa itu berlaku pada 12 Februari 2004 dan telah membina persepsi bahawa pentadbiran Tun Abdullah akan jauh berlainan daripada Tun Dr Mahathir.
 
Kurang tiga minggu selepas itu, parlimen tetiba dibubarkan dan Pilihan raya Umum ke-11 diadakan pada 21 Mac 2004 dan Tun Abdullah Badawi menang bergaya. 5 tahun selepas itu, Kasitah dibebaskan daripada tuduhan rasuah. Berapa ramai rakyat yang terasa diperdayakan?
 
Sejarah 12 Februari 2004 nampaknya sedang berulang dan ini menandakan pilihanraya umum bakal diadakan. Melihat Isa, susah bagi rakyat dan peneroka Felda untuk tidak mengingati kes Kasitah Gaddam. HARAKAHDAILY
 
*Tuan Ibrahim Tuan Man,Timbalan Presiden PAS

Memali: Ini kisah kami 32 tahun lalu

SALMIYAH HARUN

 
SELEPAS 32 tahun peristiwa Memali 1985 berlaku, kejadian itu menjadi buah mulut dan semakin panas diperkatakan selepas ia dibangkitkan di dalam program Nothing To Hide 2.0 yang dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir.
 
Malahan peristiwa Memali itu menjadi luka yang tidak pernah sembuh bagi umat Islam di negara ini apatah lagi apabila peristiwa itu diperkatakan semula.
 
Ekoran itu, Dewan Pemuda PAS Kedah bersama Pemuda PAS Kawasan Baling akan mengadakan ceramah Isu Memali yang akan disampaikan oleh anak-anak mangsa Memali pada malam esok 19 Ogos di Tapak Pasar Malam iaitu bersebelahan petronas Parit Panjang (Makam Syuhada Memali).
 
Antara anak-anak mangsa yang akan berada di pentas ceramah itu nanti, Mohd Rosli Azmi, Yusni Mat Piah, Mohamad Zuhdi Mat Piah dan Shafirol Rozali.
 
Turut bersama di dalam ceramah yang akan bermula jam 9.00 malam itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhamad Sanusi Md Nor, Ketua Pemuda PAS Kedah Salim Mahmood, YDP PAS Kawasan Baling Hassan Saad, dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Baling  Roshidi Md Arof.
 
Orang ramai yang mahu mendengar sendiri luahan anak-anak mangsa Memali, dijemput beramai-ramai di dalam ceramah itu nanti. – HARAKAHDAILY


KR1M: Mydin kata dia 'give up' - Hamzah Zainudin

Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani
KR1M: Mydin kata dia 'give up' - Hamzah Zainudin
Kontrak Mydin sebagai pengendali KR1M digesa ditarik balik oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada bulan lalu kerana mendakwa menjual barang-barang pada harga yang tinggi. - Foto Fail
 
 
SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan Mydin Mohamed Holdings Sdn. Bhd. telah berputus asa sebagai operator Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata perkara itu dimaklumkan oleh syarikat tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan KPDNKK.

"Mydin kata dia nak 'give up'. Sudah tentu kita cari operator yang baharu. Seperti yang saya katakan tadi, saya sedang berbincang dengan pengusaha-pengusaha yang baharu.
 
"Mydin mungkin tidak lagi mahu meneruskannya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Citarasa Malaysia 2017 di sini hari ini.

Jelasnya, kerajaan akan mengumumkan pengendali KR1M 2.0 sebelum sambutan Hari Kemerdekaan.

Sementara itu, Hamzah berkata, ada beberapa pengusaha telah menyatakan minat untuk mengambil alih KR1M.

Kontrak Mydin sebagai pengendali KR1M digesa ditarik balik oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada bulan lalu kerana mendakwa menjual barang-barang pada harga yang tinggi.

KR1M diwujudkan pada tahun 2009 untuk memberi pilihan kepada rakyat berpendapatan rendah. 
 
 

Isu stesen tutup, minyak habis: Jangan salahkan pengusaha stesen saja - PDAM

Harits Asyraf Hasnan, Astro Awan
Isu stesen tutup, minyak habis: Jangan salahkan pengusaha stesen saja - PDAM
Datuk Khairul Annuar mengakui ada pengusaha stesen minyak yang memaklumkan bekalan minyak hanya dihantar oleh ibu pejabat selepas mendapat harga pasaran terkini. - Gambar hiasan / BERNAMA
 
 
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menafikan ada pengusaha stesen minyak yang sengaja menghentikan operasi demi mengaut keuntungan susulan penetapan harga baharu setiap minggu.

Presidennya, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz tidak menolak kemungkinan ada operasi stesen minyak yang dihentikan namun ia disebabkan oleh polisi syarikat minyak.

"Ada (pengusaha) yang mengatakan mungkin syarikat minyak hendak tunggu harga naik baru dihantar bekalan. Jadi kita (pengusaha) akan beli harga baru, margin akan tinggi sikit. Untuk adil, kalau ada pengusaha yang hendak kaut untung, tindakan perlu diambil.
 
–– ADVERTISEMENT ––
"Tetapi kalau sumbernya adalah disebabkan kesalahan syarikat minyak, penguatkuasa pun kena adil, mereka kena ambil tindakan kepada syarikat minyak. Saya rasa syarikat minyak ada berlaku perkara-perkara seperti ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Tambahnya, ada dalam kalangan pengusaha stesen minyak yang mengakui bekalan minyak hanya dihantar oleh ibu pejabat selepas mendapat harga pasaran terkini.

"Itu adalah alasan belah pengusaha, tapi alasan belah syarikat minyak pula ada masalah logistik, pelbagai masalah mereka kata. Saya pun tidak tahu macam mana nak cakap. Banyak jugak jadi bila (harga minyak) nak naik, tiba-tiba sahaja tidak cukup lori, tak sampai hinggalah sampai bekalan minyak terhenti.

"Jadi bila bekalan terhenti, macam mana nak jual. Mereka terpaksa tutup. Tetapi apa yang dinampak oleh orang awam, kesalahan itu adalah kesalahan pengusaha. Kalau pengusaha itu tamak, dia nak lebih untung, ambil tindakan terhadap dia. Tetapi kalau stok tidak ada dan ada isu daripada penghantaran stok, siasat dan kenakan tindakan terhadap siapa yang salah," katanya.

Justeru, beliau mahu penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang bersalah. 
 
 

Tak bayar AES, siap sedia ke mahkamah

ISMA WEB
 


PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang giat memburu pengguna jalan raya yang tidak membayar kompaun dikeluarkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dalam tempoh yang ditetapkan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron berkata, pihaknya sedang menyemak pengguna jalan raya yang tidak membayar kompaun AES sejak 15 April lalu untuk dikenakan tindakan mahkamah.

“Kita sudah menerima arahan daripada Peguam Negara untuk membawa mereka yang tidak membayar kompaun AES dalam tempoh yang ditetapkan ke mahkamah.

“Pengguna jalan raya yang dikenakan saman AES hanya perlu membayar kompaun sebanyak RM150, namun jika mereka gagal untuk membayar dalam tempoh ditetapkan, kita akan bawa ke mahkamah dan denda tidak melebihi RM2,000,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara JPJ dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia di sini, hari, ini.

Nazri berkata, sehingga kini pihaknya belum membawa mana-mana pengguna jalan raya ke mahkamah, tetapi anggotanya sedang giat memburu mereka yang gagal menjelaskan bayaran kompaun terbabit.


Pintu rundingan dengan PKR, Bersatu mungkin dibuka kembali: Pemuda PAS


ISMA WEB
 


KOTA BHARU – Pintu rundingan dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) bersama PAS mungkin boleh diwujudkan kembali.

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, cadangan itu dibuat susulan tindakan PKR yang mengekalkan lantikan politik di Kelantan.

Bagaimanapun, ianya hanya boleh berlaku dengan syarat tidak melibatkan DAP dan PAN.

“Saya secara peribadi mencadangkan (membuka) pintu rundingan dengan PKR dan Bersatu, syarat yang paling penting ialah tidak berkaitan dengan DAP dan PAN. Saya optimis dengan perkara tersebut,” katanya.

Semalam, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir mengesahkan 67 lantikan politik PKR di Kelantan dikekalkan dalam satu tempoh yang tidak dinyatakan.

Aziz berkata, keputusan yang dibuat Mesyuarat Biro Politik Pusat itu berdasarkan alasan keperluan kerjasama parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang telah dinyatakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Fadhli yang juga Naib Ketua Pemuda Pas Pusat merakamkan tahniah kepada kepimpinan PKR negeri ini dalam mengekalkan lantikan politik mereka di Kelantan.

Katanya, tindakan itu melambangkan kematangan parti itu dalam membuat keputusan yang tepat untuk perjuangan menjelang PRU14.

Malah, katanya, keputusan itu juga membuktikan yang PKR tidak menjadi ‘pak turut’ kepada parti-parti lain dalam Pakatan Harapan yang sudah pastinya menekan mereka dalam isu tersebut.

Lantikan politik PKR Kelantan melibatkan Penyelia Dun, Penyelia Parlimen, Anak syarikat GLC, Penghulu dan Ahli Majlis.


Empat faktor utama punca kes buli, pukul guru

ISMA WEB
 


PADANG TERAP – Kementerian Pendidikan mengenalpasti empat faktor utama yang menjadi penyebab kepada tindakan luar kawalan pelajar sekolah hingga tercetus kes buli dan memukul guru.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, empat faktor tersebut adalah pemakanan, persekitaran, teknologi dan kemasyarakatan.

“Mungkin kerana faktor makanan diambil para pelajar, penyalahgunaan teknologi, persekitaran dan kemasyarakatan menjadi punca mereka bersikap sedemikian sehingga ada yang tergamak memukul guru sendiri.

“Dalam kes pukul guru ini, jelas pelajar itu melanggar etika sekolah kerana pokoknya tak kan pelajar boleh pukul cikgu dan itu satu tindakan salah dan tindakan pelajar tak boleh pelajar sampai ke tahap itu,” katanya pada sidang akhbar selepas Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap, di Dewan Kolej MARA Kuala Nerang di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kes dilaporkan satu akhbar tempatan mengenai seorang pelajar tingkatan dua yang didakwa memukul guru selepas menegurnya kerana menggunakan perkataan kesat dalam kelas di sebuah sekolah di Melaka baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mahdzir berkata, beliau belum menerima laporan penuh punca kejadian itu terjadi sama ada ia dimulakan pelajar itu atau guru terbabit dalam kes tersebut.


Pemandu bas Sukan SEA ditahan disyaki curi jam tangan edisi Khas

THE MALAYSIAN TIMES
 


SHAH ALAM: Polis hari ini mengesahkan telah menahan seorang lelaki yang bertugas sebagai pemandu bas pasukan bola sepak wanita Myammar selepas disyaki mengambil seutas jam tangan milik seorang pegawai pasukan bola sepak wanita Malaysia.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata polis menerima aduan mengenai kehilangan jam yang ditinggalkan di dalam bas yang membawa pemain bola sepak wanita Malaysia ke Stadium UiTM di sini pada kira-kira pukul 10 malam semalam sebelum menahan lelaki berusia 26 tahun itu.

“Siasatan polis mendapati jam jenama Swatch edisi Khas Olimpik Rio 2016 berkenaan telah diambil oleh suspek, polis turut menemui semula jam tangan berkenaan di dalam bas yang dipandu oleh suspek.” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kata Shafien, suspek kini direman sehingga Ahad ini (20 Ogos) dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak mempunyai lesen memandu yang sah,” katanya.

Semalam, tular di laman sosial Facebook mengenai penahanan pemandu bas berkenaan sekali gus menyebabkan kelewatan skuad futsal wanita Myanmar untuk pulang ke hotel penginapan pemain selepas perlawanan menentang Malaysia semalam.

Mengulas isu itu, Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) dalam kenyataan media hari ini menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat siasatan sepenuhnya.

“MASOC juga ingin menegaskan bahawa kami tidak akan berkompromi dengan sebarang isu keselamatan berkenaan dengan KL2017, terutamanya berkenaan dengan keselamatan kontinjen, “ menurut kenyataan itu.

“MASOC juga telah mengeluarkan amaran khas kepada kontraktor atau operator pengangkutan KL2017 untuk membuat saringan semula yang lebih ketat ke atas para pemandu dan petugas mereka agar benar-benar bersih daripada sebarang kesalahan.

“Jika gagal, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas, seperti penamatan kontrak serta-merta,” menurut MASOC.– Bernama

Exco Armada PPBM dakwa dipecat tanya soalan ‘Memali’

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Exco Armada Pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Mohamad Taufik Abas mendakwa dipecat baru-baru ini setelah bertanya soalan berhubung tragedi Memali dalam program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam, yang berakhir dengan kekecohan pada Ahad lepas.

Mohamad Taufik berkata beliau mengetahui perkara itu melalui laman sosial Twitter baru-baru ini tetapi sehingga kini, belum menerima surat pemecatan itu secara rasmi.

Beliau menganggap tindakan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memecat beliau sebagai exco Armada Pusat PPBM melalui media sosial, sebagai tidak profesional.

“Dia (Syed Saddiq) cakap benda tu (pemecatan) dalam Twitter, saya hanya tahu dalam Twitter. Boleh bayangkan seorang Ketua Armada buat perkara macam tu, terlalu kebudak-budakan. Sepatutnya ada surat rasmi, dipanggil dalam mesyuarat tertutup, bukan macam tu,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau juga mendakwa bahawa kerusi yang dibaling sebenarnya dituju ke arahnya dan bukannya Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad semasa insiden itu.

Mohamad Taufik berkata rakaman video jelas menunjukkan kerusi itu ditujukan ke arahnya yang ketika itu sedang berdiri mengajukan soalan kepada Dr Mahathir yang berada di atas pentas.

“Masa saya bertanya soalan tentang Memali, Tun jawab. Apabila saya bertanya soalan kedua, kerusi dah melayang hampir dekat dengan saya dan orang lain.

“Kemudian, mereka kata perbuatan itu dirancang untuk mencederakan Tun. Sedangkan dalam video itu, kita boleh tengok Tun berada jauh dan beliau tidak cedera,” katanya.

Kekecohan tercetus setelah peserta forum dilaporkan tidak berpuas hati dengan jawapan Dr Mahathir berhubung peristiwa Memali, dan secara tiba-tiba ada individu membaling kasut, diikuti kerusi dan botol air sebelum menyalakan suar serta membalingnya ke arah Dr Mahathir yang berada di tengah pentas.

Mohamad Taufik berkata pihak penganjur seharusnya bertanggungjawab terhadap insiden itu dan tidak menyalahkan orang lain.

“Program itu gagal, sepatutnya penganjur boleh fikir. Program yang berbentuk dialog seperti itu sudah tentu ada soalan-soalan berbentuk provokatif, jadi penganjur kena pastikan tahap keselamatan semua yang hadir terjamin,” katanya.– Bernama

Jangan biarkan PM berseorangan tangani tohmahan – Zahid

THE MALAYSIAN TIMES
 


BANDAR BAHARU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta rakyat khususnya anggota UMNO supaya tidak membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersendirian dalam menghadapi pelbagai tohmahan yang dilemparkan pembangkang.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO dan menggalas tugas-tugas Timbalan Presiden berkata usaha perdana menteri berdepan tindakan sedemikian daripada pembangkang walaupun membawa pembangunan dan kemajuan termasuk transformasi dalam pelbagai bidang demi memanfaatkan rakyat.

“Jangan biarkan perdana menteri kita berseorangan, kita kena bangun untuk tentukan bahawa apa yang dilakukan beliau adalah untuk kebaikan rakyat dan anggota UMNO di seluruh negara,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu di Dewan Seri Serdang di sini.

Turut hadir Ketua UMNO bahagian merangkap Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah serta Anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abd Rahim.

Ahmad Zahid berkata memandangkan bekas pemimpin utama UMNO yang menerajui serangan terhadap parti itu, semua anggota UMNO perlu memastikan bekas pemimpin itu tidak lagi relevan dalam politik di negara ini.

“Kita mesti tentukan bahawa UMNO dan Barisan Nasional dipimpin oleh mereka yang ada ketika ini,” katanya.


Perlekeh MRT, Najib ‘serang balik’ skandal pembangkang

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas sikap pembangkang yang memperkecil-kecilkan usaha kerajaan dalam pembangunan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Beliau berkata projek MRT itu diilhamkan dengan tujuan agar rakyat Malaysia yang tinggal di bandar berpeluang menikmati jaringan pengangkutan awam yang lebih cekap dan kualiti hidup yang lebih baik untuk rakyat, sekaligus mengembangkan lagi ekonomi negara.

“Namun, nampaknya pembangkang masih lagi dengan sikap mereka yang gemar memperkecil-kecilkan apa saja yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk rakyat. Ada yang memperkecil-kecilkan jaringan MRT kononnya mereka boleh bina dengan kos lebih murah,” kata Najib dalam catatan blognya, najibrazak.com, hari ini.

Najib berkata, ada dalam kalangan pembangkang yang memperkecil-kecilkan kewujudan jaringan MRT yang kononnya mereka boleh membina dengan kos lebih murah, selain sewenang-wenangnya memperlekehkan hasil kepakaran anak tempatan.

Sebaliknya beliau berkata anak tempatan telah bertungkus lumus menyiapkan MRT pada kos lebih rendah daripada bajet dan siap lebih awal dari jadual.

“Yang lucunya, baru-baru ini sudah mula terbongkar di negeri-negeri mereka tentang skandal banglo, rumah, Disneyland, harga terowong, pintu gerbang dan lebuh raya yang dibina berlipat ganda lebih tinggi daripada sepatutnya.

“Ke mana hilangnya wang ini? Apakah skandal kewangan mereka ini tujuan untuk membina MRT dengan lebih murah?,” soal Najib.

Perdana menteri berkata rakyat sentiasa memerhati usaha kerajaan selain mereka tidak terlepas pandang dengan pelbagai perkara aneh dalam pentadbiran pembangkang.

“Pokoknya, projek MRT Line 1 kini sudah siap dan rakyat Malaysia telah mula menikmati kemudahan ini,” katanya.

Najib bekata beliau juga teruja untuk terus memastikan pelbagai lagi transformasi dijalankan ke atas sistem pengangkutan awam negara di masa hadapan.

Projek MRT SBK dengan kos RM21 bilion melibatkan 31 stesen dengan laluan fasa pertama sebanyak 11 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan mula beroperasi 16 Dis tahun lepas, manakala laluan fasa kedua melibatkan 20 stesen antara Muzium Negara dan Kajang mula beroperasi pada 17 Julai lepas.

Ia memberi perkhidmatan di sepanjang koridor dari Sungai Buloh ke Kajang yang mempunyai 1.2 juta penduduk.

Setiap set tren untuk laluan berkenaan mempunyai empat gerabak, membolehkan kapasiti sebanyak 1,200 penumpang dengan kekerapan 3.5 minit di antara setiap tren dan dianggarkan bilangan penumpang harian lebih 400,000 orang.

Projek MRT SBK itu dapat membantu mengurangkan kos sara hidup dengan menyediakan sistem pengangkutan yang selesa dan lebih murah di samping mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengurangkan masalah tekanan di kalangan orang ramai, membantu alam sekitar di segi pengurangan pelepasan karbon dan mempergiatkan lagi kegiatan ekonomi di koridor tersebut.


Kantin hospital Klang ditutup selepas video tikus ‘curi’ makanan tular

THE MALAYSIAN TIMES
 

FAHMI KHAIRUL

KLANG: Sebuah kantin di Hospital Tunku Ampuan Rahimah hari ini diarah tutup bahi tujuan pembersihan selepas sebuah video kelibat seekor tikus sedang meratah lauk di kantin itu tular di laman media sosial.

Video berdurasi 32 minit itu memaparkan seekor tikus sedang mengigit-gigit makanan yang dipercayai sayur.

Sebuah notis perintah tutup turut menjadi viral di sosial media.

Notis tersebut yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bertarikh hari ini, mengarahkan penutupan kantin sehingga 1 September ini.

Notis tersebut ditampalkan di satu sudut di kantin terbabit.

Rata-rata pengguna laman sosial memberi komen negatif mengenai kejadian itu yang disifatkan tidak boleh dimaafkan kerana hospital sepatutnya menjadi sebuah tempat yang terhindar dari kekotoran.

Seorang pengguna Facebook CaptSaad Din berkata: “Ada tikus. Kesalahan serius. Apatah lagi di kantin Hospital. KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) kena bertindak tegas. Elakkan penyakit berbahaya kencing tikus.”

Andrew Paul berkata: “Hari ini peniaga tidak pentingkan kualiti makanan, cuma pentingkan keuntungan daripada nyawa orang. Ada sesetengah peniaga tidak akan makan makanan mereka sendiri sebab mereka tahu makanan yang mereka masak itu tidak bersih dan tidak berkualiti.

Penularan video tersebut ternyata memberi trauma kepada sesetengah pengguna sehinggakan mereka berasa bimbang untuk makan di premis ataupun di restoran.

Glory Black berkata: “Jijik la, sekarang saya nak makan mana-mana gerai atau restoran banyak kena fikir sebab kebersihan.

Selain itu, Navamani Udaya Kumar berkata: “OMG. Tarik balik lesen kantin. Bagi mereka yang nak betul-betul meniaga.

Pada 14 April, 2015, media tempatan yang menyiarkan artikel bertajuk ‘Kantin hospital kotor diarah ditutup’, berkata kantin HTAR didapati kotor dan diarah ditutup.

LIHAT VIDEO DI SINI



Tinjauan Rafizi dapati Najib masih gagal menangi pengundi

KEADILAN DAILY

rafizi


KUALA LUMPUR: Dasar dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih gagal untuk memenangi, kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Pandan itu membuat pengumuman tersebut yang diperolehinya selepas tinjauan yang dibuat badan kaji selidiknya, Invoke Centre for Initiative Policy (Invoke-CPI).

Rafizi berkata tinjauan itu mendapati kebanyakan pemberi maklum balas pesimis mengenai ekonomi negara.

“Apa yang kami dapati, pengumuman demi pengumuman nampaknya tidak berjaya mengalih pandangan di peringkat akar umbi.

“Ia tidak menaikkan sentimen, mereka gagal,” katanya pada sidang akhbar hari ini, memetik Malaysiakini.

Keputusan kaji selidik itu mendapati bahawa 78 peratus daripada responden berbangsa India berpendapat kedudukan kewangan keluarga mereka lebih buruk sekarang berbanding empat tahun lalu.

Perangkaan itu jauh lebih tinggi daripada responden Melayu dan Cina, dengan hanya 61 dan 66 peratus masing-masing memberikan maklum balas kepada soalan yang sama.

Ini menunjukkan bahawa Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia yang dilancarkan oleh Najib pada April tahun ini, tidak banyak memberi kesan kepada pengundi bangsa itu, kata Rafizi.

Tinjauan Invoke-CPI mengenai sentimen pemilih melibatkan 3,783 responden dan dilaksanakan antara 10 Jun hingga 14 Julai tahun ini.

Khamis, 17 Ogos 2017

Lokap Polis Teluk Intan: Pasungan Puaka

 
Oleh Muhaimin Sulam

Ini cerita pekan aku. Teluk Intan yang asalnya popular dengan nama Telok Anson. Sempat juga pekan kami selama 100 tahun guna nama Inggeris. Sekitar pekan ini telah membangun ratusan tahun sebelum Inggeris datang.

Sebelum itu, pekan ini dikenali dengan nama Teluk Mak Intan. Tempat sekitarnya yang terkenal atau penting ialah Batak Rabit, Durian Sebatang dan Kuala Bidor. Banyak Sultan dan Raja bersemanyam. Laksamana Hitam, laksamana Perak pertama berkubu di sini.

Antara 1995 hingga 2006, bangunan putih biru mengadap Sungai Perak sangat significant dengan sejarah orang buruan, unwanted, dsb. Bentuk binaannya memang kolonial dan tentulah prosedur dan matlamatnya menjajah dan menjarah. Itu sebelum merdeka. Selepas merdeka, fungsinya tetap sama walaupun milik aspirasi yang berbeza.

Tuan Mahmud, Boss SB Teluk Intan ketika itu. Biliknya sebelah kiri pintu masuk. Sebelah kanan, anggota biasa yang berpakaian preman lazimnya berada. Tiada fail yang bersepah atau menimbun. Bau asap rokok yang keras. Kipas anginpun berpusing seadanya.

Seingatku, Tuan Mahmud adalah mamak Tanjung. Isterinya peminat Harakah dan anak mereka bersekolah agama. Dia saja sebut tentang isteri dan anaknya, dia nak bagitau bahawa bukan orang PAS saja yang nak Islam. Orang lainpun nak Islam. Tapi cerita ini dah hampir 20 tahun lalu, ingatanku tidak selekit dulu.

Mail SB, Midon (bapa Hafiz Hamidon) antara yang masih aku ingat jadi anggota bahagian SB. Isteri Bang Mail kerja di Dewan Masak sekolah arwah bapa aku. Anak perempuan Encik Midon, sekolah tempat aku mengajar. Sesekali diaorang jumpa aku. Bang Mail selalu tanya tentang politik tapi Encik Midon cerita pasal anaknya saja.

Ada seorang budak baru join SB Teluk Intan. Sampai sekarang dia masih berkhidmat. Kami panggil Pak Tam sebab kulitnya agak gelap tapi dia bukan mamak Tanjung. Pak Tam adalah ahli sejarah. Banyak maklumat yang dia simpan. Bila dan berapa kali aku kena tangkap dan masuk lokap. Dia tahu. Sayangnya dia tak tulis buku.

Selepas Tuan Mahmud pencen, dia diganti orang luar. Kami panggil dia, Wak. Tapi dia tak pernah cakap Jawa dengan aku. Berumur 50an dan berperwatakan agak sederhana. Beza dengan Tuan Mahmud yang tegas dan keras, penggantinya selalu mengalah bila bersembang.

Semasa Wak jadi ketua SB adalah waktu yang paling tension hubungan antara parti pembangkang dengan polis. Kami sebut polis adalah cawangan UMNO. Segala kerja polis adalah kerja UMNO.

Paling tak masuk akal apabila ceramah di Kg Sg Tukang Sidin yang pedalaman yang dihadiri Hj. Muhyidin Abd Rashid, Ketua Pemuda PAS Terengganu diganggu FRU atau Polis Bertopi Merah.

Trak polis pun tak boleh masuk tempat ceramah sebab jalan kampong sempit. Terkejut beruk orang kampong masa itu. Penceramah bukan top tapi macamana jadi begitu panas. Hj. Muhyiddinpun jenis penceramah bersantai je. Aku tak faham, ngapa perlu dikerah mamat topi merah ini masuk kampong hanya nak handle ceramah kecil ini.

Sebagai hasilnya, dalam PRU 1999 UPU kampong tu, PAS menang satu undi. Ada mamat UMNO ber'nazar' kerat jarinya jika PAS kampongnya menang. Imam Kenik masa tu belum jadi imam Masjid Tukang Sidin tanya kat arwah bapaku tentang nazar tu. Arwah bapa aku kata, agama tak suruh bernazar benda yang sia-sia.

Walaupun aku boleh duduk makan mee goreng dengan Ketua SB, dia tetap polis. Tengahari itu kami minum sama, borak sama. Malamnya pula, polis belasah, tangkap kami dan tidur dalam Balai Polis.

Wak protect aku dari kena belantan polis. Aku ptau, dia cuba beri gambaran, 'Min, kita kawan.' Kita sama buat kerja kita. OCPD nak jumpa, ada sessi interview. Kami bincang elok/elok.

Tapi senja itu Polis Teluk Intan lebih 10 trak polis ke Chenderong Balai sampai aku tak jadi balik salin baju selepas gotong royong di tapak ceramah. Polis buat dua road block. Orang kampong tak jadi pergi, motor mereka roadtax dah mati, lampu terbakar dsb.

Masa itu Dr Hatta Ramli penceramah utamanya. Selain itu, kami jemput Arwah Hamzah yang dibelasah FRU semasa demonstrasi Himpunan 100 Ribu Rakyat tapi malam itu program kami polis lebih ramai yang datang dari orang kampong. Seingat aku Timbalan OCPD ialah Tuan Arjunaidi (aku rasa dia sekarang dah pangkat tinggi). Masa itu aku memang hangin dengan Tuan Arjunaidi. Tapi kalau jumpa, mesti kami ketawa cerita komidi ini.

Balai ini mengingatkan aku semua historic events. Aku baru perasan, punya nak matang dan sejahtera berpolitik, ada satu group WhatsApp yang invite aku, masukkan SB (polis betui la) dalam group itu.
Alahai naifnya.

Memali : Fitnah Yang Tidur


Oleh Ridzwan Abu Bakar 

1. Fitnah hendaklah difahami sebagai ujian, bukan tuduhan seperti yang difahami dalam pengunaan umum orang melayu.

2. Maqal "Fitnah sedang tidur, laknat Allah lah kepada siapa yang mengejutnya", disebut dalam Kasyful Khafa (nama kitab) dan lainnya, dinilai dhoif pada periwayatannya. Namun, dinilai sohih pada maknanya.

3. Peristiwa Memali sememangnya tragedi yang menguji banyak pihak, pendokong atau penentang.

4. Tun Mahathir diuji 'kebertanggungjawaban'nya, kerana pada ketika peristiwa itu berlaku beliau adalah Perdana Menteri Malaysia.

5. Majlis Fatwa Kebangsaan diuji dari sudut mempertahankan fatwa yang menyatakan Ustaz Ibrahim SESAT, fatwa pada ketika itu dilihat cenderung untuk mempertahankan suatu tindakan yang telah dibuat dan baru diminta fatwa.

6. Tun Musa Hitam dan Dato' Radzi telah berulang kali menafikan 'tindakan' itu dilakukan tanpa pengetahuan Tun M, kabinet dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

7. Di pihak pendokong Memali juga di'uji' dengan 'sebab' dan 'alasan' yang disandarkan kepada mereka.

8. Pada tahun 2004, pihak Kerajaan Malaysia telah membayar sebanyak RM 20,000 untuk setiap orang 13 balu dan kesemua balu itu telah menerimanya. Apakah ini merupakan 'penyelesaian' yang disetujui bersama?

9. Sejak lebih 10 yang lalu, sambutan hari syuhada (dan pernah diubah beberapa kali nama sambutan) telah diTIADAkan. Sebabnya apa?

10. Apapun, kita tidak berupaya merubah takdir, yang berlaku telah berlaku !. Dan setiap watak yang terlibat (juga kita) akan dipersoalkan di hadapan Yang Maha Adil.

11. Yang pastinya, untuk zaman ini kita rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan FITNAH YANG PASTI. NajibBN sedang bekerja dengan tekun dan bersungguh untuk memusnahkan Malaysia.

12. Jangan kita disibukkan oleh media 'penjilat' Najib untuk menghakimi 'sejarah', sedangkan jenayah masa kini yang akan mengelapkan masa depan kita lupakan.

JANGAN KEJUTKAN FITNAH !

Bidasan Pertama DAP Terhadap Azmin Ali – Dr Kamarul





Membaca kenyataan media Setiausaha Pemuda DAP Kebangsaan (DAPSY), Howard Lee Chuan How, semalam, 15 Ogos 2017, nampak agak jelas pendirian DAP ke atas usaha Timbalan Presiden PKR merangkap Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan, Datuk Seri Azmin Ali, mengadakan perbincangan dengan PAS.

Beberapa perkara yang ditimbulkan oleh Howard Lee perlu diambil perhatian.

Perkara pertama adalah tindakan Howard Lee menyifatkan perbincangan dua hala antara Azmin dan pimpinan PAS ini sebagai sangat membimbangkan (a matter of grave concern).

Perkara kedua adalah penegasan Howard Lee bahawa DAP tidak boleh mengalu-alukan perbincangan dengan PAS yang didakwa mesra UMNO dan memusuhi Pakatan Harapan.

Perkara ketiga adalah penegasan Howard Lee bahawa membuka pintu untuk PAS semata-mata atas perkiraan taktikal tidak akan menguntungkan Pakatan Harapan (counterproductive).

Perkara keempat adalah penegasan Howard Lee bahawa Pakatan Harapan mesti mendekati ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS, tetapi bukan pucuk pimpinan PAS sekarang.

Perkara kelima adalah gesaan Howard Lee kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan supaya tidak membuang masa dan tenaga untuk mendekati pucuk pimpinan PAS sekarang.

Perkara keenam adalah penegasan Howard Lee bahawa buka pintu hendaklah bermaksud PAS yang datang kepada Pakatan Harapan bukan Pakatan Harapan yang pergi kepada PAS.
Tegas Howard Lee:

“We – Pakatan Harapan – must not and should not be the ones reaching out to PAS”.

“If and when PAS wish to come on board, they must agree to our agenda and Malaysian people’s agenda first”.

“PAS must come to Pakatan Harapan and negotiate on Pakatan Harapan terms”.

Saya boleh hormat kepada Howard Lee kerana membuat ulasan yang menunjukkan beliau memahami bahawa sebenarnya PKR yang mendekati PAS bukan PAS yang terhegeh-hegeh mendekati PKR seperti yang cuba digambarkan oleh Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

Pada masa yang sama, saya melihat bahawa anjuran Howard Lee kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan supaya tidak mendekati pucuk pimpinan PAS sekarang tetapi mendekati ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS adalah satu gesaan yang sangat tidak beretika.

Saya juga yakin pucuk pimpinan PAS sekarang adalah pemimpin bermaruah yang tidak akan sesekali merendahkan taraf diri dan perjuangan mereka dengan terhegeh-hegeh mendekati dan memujuk rayu pucuk pimpinan Pakatan Harapan supaya menerima PAS kembali.

Kita tunggu dan lihat sahaja reaksi Datuk Seri Azmin ke atas bidasan Howard Lee ini, juga ke atas penegasan Pengarah Pilihan Raya AMANAH, Dr Mohd Hatta Ramli, bahawa perbincangan antara Datuk Seri Azmin dan pimpinan PAS “tidak ada kaitan dengan Pakatan Harapan”.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Imej Google Earth Bukti Guan Eng Berbohong Isu Kilang Haram





IBARAT sudah terang lagi bersuluh… Imej satelit menerusi aplikasi Google Earth akhirnya telah membuktikan bahawa kilang haram mula dibina pada zaman pemerintahan DAP bukannya BN.

Ironi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba ‘lari’ daripada tanggungjawab apabila meminta maaf kepada penduduk Sungai Lembu konon kilang itu sudah ada pada zaman BN mentadbir negeri tersebut Pulau Pinang.

Walhal tohmahan jahat itu adalah kenyataan yang tidak benar. Lebih dahsyat, kewujudan kilang berkenaan telah menyebabkan lima penduduk maut dan 11 lagi menderita kanser akibat pencemaran daripada premis tersebut!

Padahal kilang pemprosesan nadir bumi kontroversi Lynas di Kuantan, Pahang yang didakwa pembangkang konon berbahaya sebar radiasi maut tetapi sehingga kini disahkan pelbagai badan nuklear antarabangsa sebagai selamat.

Terkini selepas Guan Eng dakwa konon kilang haram tiada dibina ketika DAP memerintah Pulau Pinang, bukti imej satelit Google Earth menunjukkan premis itu masih belum wujud hingga Pilihan Raya Umum pada 8 Mac 2008.

Malahan pemeriksaan terperinci oleh seorang pengguna media sosial tempatan, Tzu P Wong pula mendapati tapak kilang berkenaan juga masih lagi kosong pada 31 Ogos 2008, iaitu lima bulan DAP menang besar di negeri itu.

“Kajian mudah menggunakan Google Earth untuk meninjau kawasan Bukit Mertajam menggunakan panduan garis masa menunjukkan Guan Eng terbukti berbohong. Ia tiada ketika zaman BN masih memerintah Pulau Pinang.

“Umum mengetahui, DAP sudah memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 dan beliau sudah angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sambil boleh menikmati minuman kopinya di tingkat tertinggi Menara Komtar.

“Dan selepas itu, kilang haram berkenaan muncul pada semua garis masa imej satelit bermula 2009 sehingga terbaharu pada 2016. Maka sekali lagi, terbukti tanpa ragu bahawa Guan Eng sebenarnya bercakap bohong.

“Tiada apa yang ikhlas mengenai beliau dan DAP konon mahu membela nasib rakyat, walaupun penduduk Pulau Pinang sendiri sudah sembilan tahun terpaksa hidup dalam bahaya,” tegas P Wong di George Town semalam.


31 OGOS 2008
2 OGOS 2009
20 FEBRUARI 2010
11 FEBRUARI 2013
8 JANUARI 2016
Untuk rekod pada 26 Februari 2012, ketika satu perhimpunan haram anjuran pembangkang bagi memprotes kilang Lynas yang diadakan di Pulau Pinang, Guan Eng dalam ucapan bantahan terhadap Lynas itu ada menyatakan:

“Mereka yang sokong projek Lynas ini tiada perikemanusiaan… kita mahu buat pembersihan Lynas kerana mahu anak kita akan selamat.” Lucunya pada hari ini pula siapa yang memang tidak ada sifat perikemanusiaan?

Guan Eng sendiri, sanggup tergamak menyaksikan hampir sedozen orang penduduk di Kampung Sungai Lembu menderita dan ramai maut akibat dijangkiti kanser ekoran kewujudan kilang haram dibiarkan bebas di situ.

Sebaliknya, selepas lima tahun, tiada sesiapa pun yang kena apa-apa penyakit akibat pembukaan loji Lynas di Pahang. Namun di Pulau Pinang, ada banyak kilang haram yang membahayakan keselamatan dan nyawa rakyat.

Tuduhan jahat dibuat pembangkang ke atas kilang Lynas amat karut termasuk mendakwa penduduk konon bakal berubah menjadi zombie ekoran terkena sinaran bahan radioaktif nadir bumi yang diproses di kilang berkenaan.

Apa yang berlaku, sudah ada bukti jelas operasi sebuah kilang haram penapis karbon di Bukit Mertajam, Pulau Pinang adalah berbahaya kepada penduduk sekitar yang akhirnya menderita akibat pencemaran teruk dihasilkan.

Seorang penduduk, Ong Cheng Giap mendakwa dia serta 11 orang penduduk Kampung Sungai Lembu mengalami masalah alahan kulit termasuk gatal sejak kilang haram yang terletak 100 meter dari rumahnya mula beroperasi.

Untuk rekod, kilang haram itu sudah 10 tahun beroperasi tanpa lesen. Sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan DAP, malah kilang ini dilindungi lagi pihak berkuasa tempatan daripada undang-undang.

Exco DAP Pulau Pinang dipercayai berjaya melindungi kilang haram ini meskipun mengetahui kewujudannya dan sudah pun mendapat bantahan keras dari penduduk setempat sendiri bahkan membiarkan sahaja perkara itu.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr M Sukumar, 11 daripada 500 orang di kawasan Kampung Sungai Lembu itu sudah pun disahkan menghidapi kanser dan tujuh pula maut sejak dua tahun.

Lebih menakutkan jika ia ditukar kepada nisbah. Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2007 – 2011 oleh Institut Kanser Kebangsaan mendedahkan kadar peringkat nasional 87 peratus bagi setiap 100,000 penduduk.

Bahayanya di Pulau Pinang ini, kadar nisbah kanser di Sungai Lembu adalah amat tinggi iaitu 2,342 peratus. Lebih tinggi daripada kadar purata kebangsaan. Kasihan penduduk Pulau Pinang khususnya di Sungai Lembu.

Sudah ramai mati akibat kanser serta puluhan orang lagi alami penyakit gatal dan risiko kanser. Guan Eng masih lagi buat ‘pekak badak’ dan membuat lawak bodoh apabila menyalahkan BN pula sebagai punca masalahnya.

DAP jual tanah kerajaan negeri di Jalan Peel kepada syarikat Singapura, dia salahkan BN, banjir kilat berlaku di bahagian pulau pun salahkan BN, beli banglo dengan harga murah daripada pasarana itu juga tetap salahkan BN.

Waima mati kanser akibat kilang haram pun, Guan Eng masih mahu putar belit salahkan BN. Ini Ketua Menteri sudah gila agaknya. Rakyat Pulau Pinang kena bangkit dan bantah perangai pemimpin negeri sebegini.

Sampai bila mahu perbodoh rakyat? Cukup sudah, rakyat kena hukum DAP atas kertas undi nanti. Guan Eng dan DAP tidak berperikemanusiaan lagi terhadap rakyat Pulau Pinang selama ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Adakah saya puas hati Isa di tahan SPRM?

 
Oleh Mazlan Aliman 

Ada orang kata ke saya, ' puas hati le, Isa Samad dah kena tangkap SPRM'. Seolah2 saya ada masalah peribadi dan dendam dgn beliau. Saya memperjuangkan isu Felda sejak tahun 1987 lagi. Isa Samad masih Menteri Besar Negeri Sembilan.

Bila YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak melantik Isa sebagai Pengerusi Felda pada 1 Jan 2011, saya cukup marah dan amat terkilan.

Sewaktu beliau jadi Menteri Besar Negeri Sembilan, Felda Sendayan dan Labu Johnson tergadai. Beliau juga didapati bersalah dengan amalan politik wang pemilihan UMNO.

Bagaimana rekod Isa yang begitu buruk, menjadi pilihan DS Najib. Saya mengambil inisiatif melalui kenyataan media, menyerah memorandum ke Pejabat YAB PM, mengadakan siri2 himpunan dan lain2, menentang perlantikan Isa.

Saya selalu mengambil contoh, ' bagaimana seorang perompak di amanahkan jaga bank'.

Acap kali saya mengatakan, perlantikan Isa Samad suatu kesilapan besar YAB PM. Selama beberapa tahun Isa buat onar. Awal2 lagi dah bergaduh dengan Hj Samsudin Othman, Ketua Peneroka Felda, menyingkirkan Pengarah Besar Felda, Dato' Dzulkifli Abd Wahab dan beberapa orang pegawai kanan Felda.

Isa terlibat bagaimana mencaturkan pengurusan tertinggi Felda dengan menaikkan Dato' Faizoull Ahmad, sebagai Pengarah Besar Felda dan pegawai kanan lain bagi melengkapkan penguasaan beliau di Felda.

Saya bertembung dengan beliau dalam isu Koperasi Permodalan Felda(KPF) hingga kepada berakhirnya penguasaan KPF dalam Felda Holding, apabila ekuiti 51 peratus berpindah milik kepada FGV.

Saya dan rakan2 ANAK di sekat berceramah dan bertemu peneroka di Felda hingga ada pekeliling, banner yang memfitnah dan memaki hamun saya.

Saya di tahan dan di lokap atas insiden memasuki Felda Lembah Klau dan dikasari sewaktu Kembara Oren.

Amarah saya dan rakan2 terhadap Isa Samad hanya satu. Beliau adalah balaci DS Najib yang menjadi sebab utama malapetaka dan tragedi hitam di Felda.

ANAK adalah kelompok minoriti yang menentang Isa Samad, manakala gerombolan besar mempertahankan Isa.

Hinggalah, mutakhir ini krisis demi krisis, skandal dan kegagalan FGV, baru ramai yang percaya, Isa perosak Felda.

Saya tiada dendam dengan Isa. Jika Bibi Sharliza, menangis dengan penahanan Isa Samad, 30 tahun lamanya saya menangis, mengenangkan nasib peneroka Felda yang ditindas dan dizalimi!

Adakah saya puas hati Isa di tahan SPRM?

Apalah maknanya beliau ditahan, yang belum tentu disabitkan; tika airmata peneroka masih berlinangan, mengenangkan nasib diri, keluarga dan masa depan.

Kata pepatah, ' ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua',...

Moga ianya menjadi iktibar buat kita.

Elok PKR Isytihar Tinggalkan Pakatan Harapan


 
 
Oleh Mohd Sayuti Omar

Email saya menerima kiriman kenyataan media oleh Majlis Pimpinan (MPN) Keadilan Kelantan yang menjelaskan Pengerusi Keadilan Kelantan Sdr Ab. Aziz Kadir telah hadir mesyuarat Biro Politik pusat parti itu pada 15 Ogos 2017.

Biro politik Keadilan telah mengambil maklum penjelasan diberikan Aziz berhubung "pergolakan" (kedudukan PKR Kelantan dengan kerajaan Pas) dan biro itu telah bersetuju dikekalkan sebagai pengerusi Keadilan Kelantan.

Sehubung itu juga lantikan anggota Keadilan dalam kerajaan Kelantan dikekalkan atas alasan MB Kelantan telah mengeluarkan kenyataan kerajaan Kelantan masih memerlukan kerjasama Keadilan. Itu sahaja alasannya? Ertinya Keadilan tidak mempunyai pendirian dan prinsip sendiri.

Tidak jadi masalah kalau Keadilan untuk terus bersama kerajaan Kelantan atas budibicaranya untuk kebaikan rakyat. Apa yang perlu berterus terang dan tegas. Tetapi apa yang sewelnya sebelum ini presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengeluarkan arahan penjawat jawatan politik di kalangan ahli Keadilan dalam kerajaan Kelantan akan berakhir selepas 31 Julai. Semua dunia mengetahuinya.

Ekoran arahan itu setengah ahli Keadilan yang dilantik memegang sesuatu jawatan telah bersetuju dan tidak hadir untuk angkat sumpah. Ahli Keadilan mendapat signal yang kabur.

Persoalan macam mana ada arahan dan keputusan "klu klik" begitu oleh Keadilan. Keadilan bercakap macam orang gagap sukar untuk difahami bahasa dan ertinya. Tindakan seperti ini menjejaskan kreadibiliti Dr Wan Azizah sebagai presiden, dan menyebabkan orang hilang keyakinan keapda Keadilan.

Apabila dalam kenyataan Aziz itu mengaitkan nama presiden, sudah tentu orang akan meletakkan kesalahan dan kelemahan itu kepada Dr Wan Azizah. Apakah benar Dr Azizah yang membuat keputusan itu atau pun ada tukang sihir lain yang berlindung disebalik Wan Azizah?

Rengkas cerita, Aziz sendiri sebagai pengerusi Keadilan Kelantan tidak ada pendirian tetap dalam kes ini dan beliau sangat bergantung kepada arahan di Kuala Lumpur. Sikap seperti ini menyebabkan rakan-rakan parti dalam Pakatan Harapan hilang kepercayaan kepada Aziz khasnya dan Keadilan amnya.

Ini tidak patut berlaku kerana sebagai pemimpin Aziz harus tegas, berani dan menjaga reputasi dirinya.

Meneliti semua itu, bagi saya lebih baik kalau Keadilan mengityharkan kedudukannya sebagai rakan Pas dan bukan komponen dalam Pakatan Harapan. Sikap begitu memudahkan pihak PH membuat apa-apa keputusan dan tindakan serta ia tidak membolak balikkan perasaan pendukung PH peringkat bawah.

Pakatan juga senang untuk menyusun strategi serta membentuk jentera pilihan raya. 

Berikut disiarkan kenyatan Aziz sepenuhnya: Trims.

KENYATAAN MEDIA

MPN KELANTAN
16 OGOS 2017

Saya dan wakil Majlis Pimpinan Negeri Kelantan (MPN) termasuk Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita telah hadir dalam Mesyuarat Biro Politik Pusat pada 15 Ogos 2017. Biro Politik telah dimaklumkan dan diberikan penjelasan mengenai senario politik semasa di Negeri Kelantan.
Biro Politik Pusat mengambil maklum dengan maklumbalas yang telah dikemukakan oleh saya dan bersetuju dengan perkara-perkara berikut :

- Saya, Haji Ab. Aziz bin Ab. Kadir dikekalkan sebagai Pengerusi MPN Kelantan.

- Lantikan politik kepada anggota KEADILAN oleh Kerajaan Negeri Kelantan dikekalkan atas alasan Menteri Besar Negeri Kelantan telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan masih memerlukan kerjasama KEADILAN dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Presiden KEADILAN dan Biro Politik Pusat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk terus memimpin MPN Negeri Kelantan.

Saya bersama MPN Negeri Kelantan akan terus komited untuk memperkukuh kedudukan KEADILAN di Negeri Kelantan khususnya dalam menghadapi PRU-14.

*HAJI AB AZIZ BIN AB KADIR, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.
 
 

Sekolah agama persendirian digalak terap kokurikulum

ANTARAPOS.COM

Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Jamil Khir Baharom


YAN - Sekolah-sekolah aliran agama persendirian di seluruh negara digalakkan  menerapkan aspek kokurikulum khususnya sukan dalam kalangan pelajarnya sebagai nilai tambah sebelum  mereka memasuki alam pekerjaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penglibatan pelajar-pelajar terbabit dalam aktiviti sukan juga dilihat berupaya membuka ruang melahirkan atlet sukan.

"Aspek kokurikulum sekolah agama ini...kita masih lagi menggalakkan...sebab kadang-kadang kawasan terhad di sekolah, tidak mempunyai padang atau dewan permainan, yang menjadi faktor kekangan kokurikulum tidak menjadi subjek tumpuan pihak sekolah.

"Namun di peringkat kerajaan dan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), kita adakan sukan peringkat kebangsaan untuk sekolah-sekolah agama, sebab nak tonjolkan supaya ada kesedaran untuk pelajar beriadah dan bersaing dalam sukan, sekali gus mengajak sekolah-sekolah untuk terlibat dalam melahirkan atlet-atlet sukan di peringkat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Sekolah Pondok Berdaftar dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) Zon Utara 2017 di Pejabat Agama Daerah Yan, di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha dan Mufti Negeri Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata sehingga kini masih banyak sekolah-sekolah aliran agama persendirian yang belum berdaftar menyebabkan bantuan sewajarnya tidak dapat disalurkan oleh kerajaan.

"Saya tidak pasti alasan mereka, mungkin pihak pengurusan tidak begitu prihatin, atau mereka mempunyai dana mencukupi, atau mungkin juga tiada dana yang cukup tetapi disebabkan tidak memahami keadaan, menjadi faktor mereka tidak berdaftar dengan kerajaan negeri masing-masing," katanya.

Sementara itu, pada majlis sama, Jamil Khir turut menyerahkan peruntukan bantuan berjumlah RM10,184,000 kepada 18 sekolah pondok berdaftar dan 26 SMAR di negeri Kedah serta bantuan berjumlah RM2,399,000 kepada empat sekolah pondok berdaftar dan tujuh SMAR di Pulau Pinang.

Bantuan itu termasuk dalam peruntukan RM50 juta bagi tujuan pembangunan SMAR dan sekolah pondok serta RM30 juta untuk pembangunan sekolah tahfiz di seluruh negara yang diumumkan dalam Bajet 2017, ke arah peningkatan mutu pendidikan masing-masing. - Bernama

Hafiz Hamidun Dakwa Isteri Berlagak Suci?

Aleya Amri



Mahu tunggu penjelasan daripada kedua dua pihak ini masih lagi belum ada penyelesaian dan baru-baru ini, isteri Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa telah memuatnaik status yang boleh tahan panjang juga – menceritakan serba sedikit dan memberikan bayangan tentang apa yang berlaku dalam rumahtangga mereka.

hh1

Dalam kenyataannya tersebut, Joy ada menyebut beberapa perkara yang dilihat menjadi topik utama perkara ini berlanjutan. Jujurnya, tertanya juga mengapa perkara ini sehabis boleh mahu diluahkan di sosial media sedangkan masing masing boleh berbincang secara matang.

Berikutan perkara tersebut, mungkin juga Hafiz Hamidun sudah hilang sabar lalu meninggalkan komen dan dalam masa yang sama, isterinya turut membalas kenyataan tersebut di laman sosial.

hh

Lebih menarik lagi, melalui forum CARI, pelbagai kisah daripada kedua dua belah pihak telah dikongsikan sekaligus membuatkan perkara ini sepatutnya diselesaikan secepat mungkin.

Berbalas dan berkongsi kenyataan di laman sosial hanya akan membuka lebih banyak pekung di dada padahal kesudahnnya tiada pihak yang menang pun. Buat Hafiz mahu pun Joy, sebaik-baiknya berbincanglah agar perkara ini dapat diselesaikan secara baik dan matang.


Bade Azmi, Erma Fatima Sah Cerai Talak Satu

Aleya Amri

erma fatima


Jika pada tahun 2015, pengarah dan juga pelakon Erma Fatima pernah memfailkan perceraian namun menarik balik permohonan tersebut, namun pada hari ini (17 Ogos), suaminya iaitu Bade Azmi melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Bade hadir secara berasingan menaiki motosikal kira-kira pukul 10.30 pagi dan Erma pula tiba di mahkamah pukul 11 pagi bersama adiknya Betty Rahmad. Jelas Erma, dia redha dengan dengan apa yang terjadi.

“Apa yang boleh saya katakan, soal mati dan jodoh itu, ketentuan Tuhan dan jika ini ketentuannya, saya sangat reda,” katanya. Pasangan ini telah bernikah pada 30 November 1991 dan mempunyai lima anak angkat.

Sementara itu, pada 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang dan kini mereka dikurniakan dua cahaya mata.


Berbaik Dengan PAS, PKR Tempah Jalan Sukar

Nuh Abqari

PKR


KUNJUNGAN Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya merangkap Menteri Besar Selangor, Azmin Ali ke atas Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di ibu negara pada hujung minggu lalu sememangnya menarik untuk dibicarakan.

Biarpun dikhabarkan bahawa kunjungan tersebut tidak langsung melibatkan sebarang perbincangan mengenai kerjasama politik, ianya nyata memperlihatkan usaha PKR yang masih mahu sedaya upaya memelihara hubungan dengan parti Islam itu biarpun parti-parti komponen pembangkang yang lain sudah pun berpatah arang dengan PAS.

Ketika PAS telah secara jelas memutuskan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai satu blok pembangkang yang paling besar, hubungannya dengan PKR di Selangor dan Kelantan khususnya mencerminkan satu sisi yang lain.

Misalnya, kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob baru-baru ini mengenai kerajaan negeri yang masih memerlukan kerjasama PKR dalam pentadbiran mereka akhirnya telah berjaya mengekalkan kesemua ahli PKR lantikan politik oleh kerajaan pimpinan PAS walaupun sebelum ini diarahkan meletakkan jawatan oleh Biro Politik PKR.

Kerjasama politik PKR-PAS secara rasminya terputus pada Mei lalu. Namun, pada waktu PAS sudah pun nekad untuk bertanding dalam satu blok pembangkang yang baharu iaitu Gagasan Sejahtera, PKR dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk mengelak sebarang pertembungan tiga penjuru antara BN, PH dengan PAS.

Malah, PKR tidak menolak sebarang kemungkinan dan sedang menyusun strategi untuk bekerjasama dengan PAS dalam penentuan kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Jelas, PKR masih sangat memerlukan PAS jika mereka benar-benar mahu mencapai objektif untuk menjatuhkan BN.

PKR sedar bahawa PH tidak boleh bergantung kepada undi Melayu yang dihadirkan oleh PPBM dan Amanah semata-mata. Kedua-dua parti ini masih terlalu mentah dan sokongan pengundi terhadap kedua-duanya juga masih belum terbukti secara jelas. Malah, dua PRU sebelum ini nyata membuktikan jentera pilihan raya PAS telah menyumbang secara signifikan kepada undi yang diraih Pakatan Rakyat (PR).

Sentimen PH Terhadap PAS

Walau bagaimanapun, tindakan PKR untuk ‘berbaik’ dengan PAS dalam hal ini nyata telah mengenepikan sentimen rakan PH yang lain terhadap PAS. Sudah terang lagi bersuluh, DAP tidak mahu lagi mempunyai sebarang kerjasama dengan PAS lantaran percakaran politik yang tidak berkesudahan sepanjang kedua-dua parti itu berpakat dalam PR sebelum ini.

PAS dimaklumi sentiasa bertegas dengan prinsip dan agenda Islam yang dibawanya, manakala DAP pula sentiasa berkeras dengan doktrin sekular. Jurang persefahaman ini jelas kita saksikan sejak di awal penubuhan PR.

PPBM yang ditunjangi bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir pula tampaknya sudah berputus asa dengan PAS yang dilihat tidak mahu bersama-sama mendokong aspirasi pembangkang. PAS sudah dilihat begitu mesra UMNO, sedangkan PPBM itu sendiri kini sudah merupakan serpihan dan seteru utama UMNO.

Tambahan pula, tuntutan PAS yang mahu sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja dibentuk bagi melihat dan menyiasat semula insiden Memali yang berlaku di bawah pemerintahan Tun Mahathir 32 tahun yang lalu nyata menjadi satu lagi tembok pemisah yang tampaknya tidak memungkinkan sebarang kerjasama antara PPBM dengan PAS pada waktu ini.

Bagi Amanah pula, PAS dilihat tidak lagi bersama-sama memperjuangkan agenda Islam dan rakyat yang lebih progresif. PAS tampak lebih cenderung memperjuangkan isu undang-undang Islam tetapi dalam masa yang sama dilihat seolah-olah meninggalkan isu-isu rakyat dan kepimpinan yang lebih mendesak.

PAS dikatakan lemah dalam memperjuangkan isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan tindakan parti tersebut baru-baru ini dalam mengambil pendekatan berbeza mengenai skandal 1MDB nyata membangkitkan amarah dan kekecewaan kesemua komponen PH.

Kesan Kepada PKR

Nyatalah, walaupun ketiadaan PAS dalam PH sudah pun menggoncang kekuatan pakatan tersebut untuk menghadapi PRU-14 kelak, kebanyakan pemimpin, ahli dan penyokong DAP, Amanah serta PPBM lebih rela menghadapi pertembungan tiga penjuru yang melibatkan BN-PH-PAS daripada bekerjasama dengan parti Islam itu yang disifatkan telah mengkhianati perjuangan pembangkang selama ini.

Bagi PKR pula, strategi mereka untuk berbaik dengan PAS dalam soal pembahagian kerusi menjelang PRU-14 mungkin difikirkan bijak dalam objektif mereka untuk menumbangkan BN. Malah, ianya mungkin sudah pun difikirkan dengan semasak-masaknya oleh pimpinan Pparti di peringkat Pusat.

Walau bagaimanapun, tindakan bersendirian ini boleh memakan diri. Sentimen negatif yang dirasai rata-rata penyokong PH khususnya DAP dan Amanah terhadap PAS memungkinkan mereka untuk mensabotaj atau menarik balik sokongan dan undi kepada PKR.

Secara langsung, kesan ini sedikit sebanyak bakal merapuhkan lagi kesepakatan PH dan menyaksikan goyahnya kubu-kubu kuat PKR terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang. Ianya juga pasti akan terus memecahkan undi pembangkang dan membuka peluang yang lebih luas kepada BN untuk kembali meraih jumlah undi yang lebih signifikan pada PRU-14 kelak.