Ahad, 4 Disember 2016

Umno, jangan cuba mangsakan DAP


Umno, jangan cuba mangsakan DAP
Persidangan DAP 2016


SHAH ALAM - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak diberi amaran untuk tidak cuba memangsakan DAP untuk mencapai matlamat politik sempit.

Ini kerana menurut Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai, perjuangan partinya bukan saja tidak mengenal warna kulit dan agama, tetapi juga tidak mengenal batas tempat.

"Di dalam Perhimpunan Agung Umno, Najib dengan cuba bermain tipu daya dengan mengatakan DAP menolak kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan kerana semua itu tidak disebutkan di dalam Perlembagaan DAP.

"Itu ternyata satu fitnah jahat memutarbelitkan fakta sebenar yang mana Perlembagaan DAP jelas menyatakan antara matlamat-matlamat DAP adalah mengesahkan dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada kerangka asal," katanya pada Persidangan DAP 2016, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, Umno akan terus mempergunakan kaum dan agama sebagai senjata dan muslihat mereka.
Tambahnya lagi, DAP seperti biasa akan terus menjadi sasaran serangan Umno parti itu membawa agenda yang menggugat penguasaan Umno.

"Agenda DAP yang menyeru kepada kebebasan, keadilan dan bersetiakawan dengan rakyat-rakyat tertindas tentu sekali menggegarkan jantung Umno.

"Biar apa jua tohmahan dan penipuan dilemparkan kepada DAP, pemimpin-pemimpin DAP baik pada masa lalu, sekarang atau masa depan akan terus beriltizam berjuang mewujudkan masyarakat majmuk yang hidup harmoni, aman dan makmur," katanya lagi

Tiada ulasan: