Ahad, 11 Disember 2016

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan di Istanbul

MALAYSIA GAZETTE



Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian dua serangan bom pengganas di Stadium Bola Sepak Besiktas di Istanbul, Turki.

Kejadian itu mengorbankan 29 orang dan 166 lagi dilaporkan cedera.

Dalam kenyataan di sini, Kementerian Luar Negeri berkata, kedutaan akan terus berhubung dengan pihak berkuasa Turki dan rakyat Malaysia yang berada di sana termasuk pelajar di Istanbul.

Kementerian itu yang mengutuk tindakan keganasan itu turut mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau berhasrat melawat Turki supaya berhati-hati dan merujuk kepada panduan keselamatan di laman webnya.


Dalam kenyataan tersebut, kementerian berkenaan merakamkan rasa simpati dan ucapan takziah Malaysia kepada kerajaan dan rakyat Turki serta mangsa-mangsa yang terlibat dalam serangan itu. -
MalaysiaGazette
 

Tiada ulasan: