Sabtu, 3 Disember 2016

Rohingya: Myanmar ingatkan Malaysia jangan campur tangan

MALAYSIA DATELINE
 
 
Rohingya demoRohingya demo


Myanmar mengingatkan Malaysia supaya tidak campur tangan dalam hal dalaman mereka.

Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden U Zaw Hitay dipetik Mynamar Time sebagai berkata, Myanmar meminta Malaysia supaya menghormati kedaulatan negara itu serta prinsip tidak campur tangan dalam Asean.

Kenyataan itu susulan laporan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan hadir ke perhimpunan solidariti untuk Rohingya esok.

Difahamkan pada perhimpunan yang menentang keganasan terhadap Rohingya hari ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan turut hadir, mengetepikan perbezaan ideologi politik antara parti Islam itu dengan Umno yang dipimpin Najib.

Akhbar itu dengan nada tegas berkata, Myanmar menghormati prinsip kedaulatan berkenaan, dan meminta Malaysia juga berbuat demikian.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri dipetik sebagai berkata, Malaysia tidak akan berpeluk tubuh melihat kejadian di negara itu, dan menegaskan Malaysia tidak berhasrat campur tangan.

Namun, keganasan berkenaan tidak boleh dibiarkan kerana ia turut menanggung tempias.

Kini, terdapat 135,475 pelarian Myanmar di Malaysia.

Media antarabangsa melaporkan tentera Myanmar membakar perkampungan etnik Rohingya, menembak dan memukul lelaki dan merogol wanita.

Sekitar 30,000 telah melarikan diri ke sempadan dengan sebahagian meninggal dunia kerana kelaparan dan tidak mampu menangung penderitaan.

Keganasan dan kezaliman di negara majoriti Buddha itu turut mencetuskan tunjuk perasaan di Indonesia, Bangladesh dan Thailand.

Tiada ulasan: