Khamis, 22 Disember 2016

Ratu Naga dakwa diserang pengikut Jamal ketika hantar 'bantuan' air [TONTON VIDEO]

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Blogger kontroversi, Ratu Naga mendakwa diserang oleh penyokong Datuk Seri Jamal Md Yunos ketika cuba membantu membekalkan air ke rumah Ketua Gerakan Baju Merah itu di Ampang, sebentar tadi.

Dalam postingnya di Facebook, Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah mempersoalkan tindakan Jamal dan pengikutnya menyerang beliau dengan air, tepung dan telur, sedangkan beliau datang ke rumah Jamal untuk memberikan bantuan air.

"Jamal boleh campak berbaldi-baldi air serta tepung dan telur pada saya tapi Jamal kata tak ada air kat rumah dia.

"Hari ini pagi pada pukul 10, saya aturkan NGO tiga orang bersama dengan bantuan air nak hantar ke rumah Jamal. Tapi bila tiba sana Jamal bersama 30 orang dia kepung saya dan saya turun seorang dari kereta sebab nak hantar bantuan air.

"Kemudian orang Jamal campak air, lari dan mula bergelut  sambil baling telur. Berlaku pergaduhan di situ dan saya terpaksa bergelut dengan orang Jamal sambil dilindungi suami saya. Tapi saya tak beranjak dan tetap bergelut. Mereka kata 'jangan kacau Jamal.. jangan kacau Jamal'.

"Saya tak faham kenapa bila kami nak hantar air, Jamal buat macam ni? Jadi selama ini Jamal hanya politikkan isu ini untuk perhatian bila kala kami NGO kebajikan nak hantar air," ujarnya.

Difahamkan, bantuan air itu ekoran daripada protes yang dianjurkan oleh Jamal semalam.

Jamal yang juga Ketua Umno Sungai Besar itu datang ke pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) di Shah Alam, semalam, dengan hanya berkain tuala sebagai protes kerana rumahnya mengalami gangguan bekalan air sejak Isnin lalu.

 

Tiada ulasan: