Isnin, 5 Disember 2016

PPBM bincang keputusan sertai PH 13 Disember, kata Muhyiddin

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan mengadakan mesyuarat pada 13 Disember ini bagi membincangkan keputusan untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) atau tidak.
 
Menurut Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, mesyuarat tersebut akan dilakukan Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, namun tidak menyatakan masa serta lokasi perjumpaan tersebut.
 
"Kita belum tentukan lagi (menyertai Pakatan Harapan). Kita akan mesyuarat pada 13 Disember, minggu depan," katanya ringkas dipetik Astro Awani hari ini.
 
Semalam, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan keputusan tersebut perlu dibuat dalam mesyuarat serta mendapat persetujuan ahli kepimpinan yang lain.
 
"Kita akan buat keputusan dalam masa terdekat... saya perlu dapatkan persetujuan semua dan berbincang dengan rakan-rakan kerja saya," ujarnya di Persidangan Kebangsaan DAP semalam.
 
Malah, pihaknya juga tidak akan menunggu PAS lebih lama kerana partinya benar-benar mahu mengumpulkan semua pihak yang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah satu payung.
 
Bagaimanapun, jika ia mengambil masa terlalu lama, pihak pembangkang juga perlu bergerak dengan rancangan mengalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
 
 

Tiada ulasan: