Isnin, 5 Disember 2016

Pemuda Umno bidas presiden MCA mahu kerusi 'pinjam'

MALAYSIAKINI
 
Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membidas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang meminta supaya mengembalikan kerusi yang 'dipinjamkan' kepada parti itu.

"Meminta supaya kembalikan kononnya 'kerusi yang dipinjamkan' adalah tidak produktif memandangkan matlamat yang sentiasa perlu ada ialah 'apa yang sentiasa terbaik untuk kemenangan BN'.

"Saya mencadangkan supaya Liow dengan segera memohon untuk menghadap perdana menteri yang juga pengerusi BN untuk kebijaksanaannya dan meminta nasihat," kata Azwan dalam kenyataan medianya semalam.

Selain itu, Azwan turut memberitahu bahawa ia satu perkara yang memalukan apabila parti komponen BN meminta kerusi berbanding memberitahu pengundi tentang bahayanya 'naratif cauvinis DAP'.

Pada Sabtu lalu, Liow berkata, kerusi-kerusi MCA yang diserahkan kepada Umno pada pilihan raya umum lalu haruslah dikembalikan.

Ketika itu MCA meminjamkan tiga kerusi kepada Umno iaitu di kawasan Wangsa Maju, Kuantan dan Gelang Patah.

Tiga kerusi itu kemudiannya jatuh ke tangan pembangkang apabila anggota parlimen PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Fuziah Salleh masing-masing di Wangsa Maju dan Kuantan manakala veteran DAP Lim Kit Siang pula memenangi kerusi Gelang Patang.


Tiada ulasan: