shahbudindotcom
Walaupun
dikecam oleh Tun Mahathir Mohamad sebagai parti yang keliru, Pas tidak
mustahil akan memilih untuk terus menjadi parti yang keliru dan
mengelirukan sehingga pilihanraya umum akan datang.
Dengan menjadi parti yang keliru, Pas bukan saja dapat mengelirukan rakyat, bahkan penyokongnya sendiri akan turut dikelirukan.
Mengelirukan
rakyat, terutama penyokong Pas di kampung-kampung adalah perkara yang
paling diharapkan oleh Najib Razak kerana dengan kekeliruan itulah yang
akan menyebabkan UMNO dan BN mampu menang pilihanraya dan dapat terus
berkuasa.
Tetapi, adakah Hadi Awang keliru dengan pendiriannya itu?
Jawabnya, tentu saja tidak.
Pas
adalah parti politik dan Hadi adalah pemimpin politik. Pas dan Hadi
tidak berbeza dengan parti politik atau pemimpin politik yang lain yang
ada di dunia moden ini. Semua mereka adalah sama.
Parti
politik dan orang politik sentiasa kemaruk kuasa. Cuma kadang-kadang
mereka pandai mengelirukan rakyat di sebalik keinginan terhadap kuasa
itu.
Apabila
Pas kekal menjadi parti yang keliru dan pertandingan menjadi tiga
penjuru, kebarangkalian untuk UMNO dan BN menang lebih kerusi dalam PRU
14 nanti adalah tinggi kerana kejayaannya mengelirukan pengundi.
Dengan
pengundi keliru kerana sesama pembangkang berlawan tiga penjuru, UMNO
dan BN sebagai kerajaan sedia ada lebih mudah lagi menjalankan
kerja-kerja pengeliruan mereka bagi tujuan mengekalkan kuasa.
Tetapi,
disebabkan parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan "sudah
mati" serta kerusi-kerusi di Sabah dan Sarawak dijangka turut mengalami
perubahan, Najib mungkin tidak mampu menubuhkan kerajaan secara
sendirian dalam konteks BN.
Dengan
kedudukan pengundi keliru, terkeliru atau sengaja dikelirukan, Pas
sebaliknya mampu mengekalkan kemenangan di kawasan-kawasan di mana ia
sedia kuat selama ini.
Dengan
itu, selain Najib dan UMNO boleh terus berkuasa, Pas juga mampu terus
berkokok di Kelantan, Terengganu dan kawasan-kawasan majoriti Melayu
yang lain.
Namun,
berikutan ketidakmampuan menubuhkan kerajaan itu, Najib dan UMNO tidak
ada pilihan selain mengajak Pas mewujudkan kerjasama bagi menubuhkan
kerajaan campuran.
Hubungan
yang sudah sedia terjalin antara Najib dan Hadi serta mungkin juga
disebabkan bantuan-bantuan lain yang diberikan kepada Pas sewaktu
pilihanraya diadakan, akan menjadikan proses menubuhkan kerajaan
campuran itu lebih mudah serta mustahil ditolak.
Jika
dengan persetujuan Pas itu menyebabkan Najib dapat kekal lagi sebagai
Perdana Menteri, Hadi sudah pasti lebih layak diberikan jawatan Timbalan
Perdana Menteri berbanding Zahid Hamidi. Hadi sudah dianggap lebih
berjasa besar jika dibandingkan dengan Zahid Hamidi.
Untuk mengukuhkan lagi kerjasama itu, beberapa pemimpin Pas lain akan turut dijadikan menteri dan timbalan menteri.
Dengan
Hadi menjadi Timbalan Perdana Menteri, ia secara sendirinya menyebabkan
Zahid Hamidi tercicir daripada jawatannya. Adalah suatu pembaziran pula
kiranya diwujudkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam satu
masa, lebih-lebih lagi jika kedua-duanya adalah pemimpin Melayu.
Mencicirkan
pemimpin UMNO sendiri daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri secara
automatik juga mengelakkan Najib daripada ancaman dan gugatan untuk
terus berkuasa dengan lebih lama. Sesiapa pun yang menjadi Timbalan
Presiden UMNO selepas itu, Najib tidak perlu bimbang lagi dengannya.
Beliau boleh memilih sendiri bila waktu mahu bersara atau mahu berkuasa hingga ke hujung nyawa.
Ini
kerana Timbalan Presiden UMNO bukan lagi penjawat nombor dua dalam
kerajaan, sebaliknya hanya menteri biasa yang tidak boleh menggugat
sama-sekali kedudukan Perdana Menteri. Kerusi Timbalan Perdana Menteri
sudah jadi milik Pas sebagai rakan kongsi.
Perlahan-lahan
seterusnya, Najib mempunyai cukup ruang dan masa untuk mengatur
Hishammuddin, sepupunya untuk mengambil alih tempatnya nanti. Maka,
selamatlah Najib daripada sebarang pendakwaan untuk selama-lamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan