Jumaat, 16 Disember 2016

MRT fasa pertama mula operasi 16 Disember 2017

MYNEWSHUB, 



KUALA LUMPUR – Fasa pertama projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 1 Sungai Buloh – Kajang (SBK) bakal memulakan operasinya pada 16 Disember tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pencapaian itu sesuatu yang membanggakan kerana ia berjaya memenuhi syarat jadual dan lingkungan bajet yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Ini bukan sahaja merupakan pencapaian yang membanggakan, tetapi membuktikan kepentingan yang diberikan dalam memastikan keperluan rakyat diutamakan, mengatasi segala kepentingan yang lain.

“Dengan pelaksanaan projek MRT ini juga, selain daripada memantapkan lagi pengangkutan awam darat di negara ini, ia akan turut membuka peluang perniagaan yang baru sekali gus akan meletakkan imej Kuala Lumpur sebaris dengan bandar raya utama di dunia. Tambang MRT Laluan 1 ini telah pun dipertimbang dan diluluskan oleh Kabinet dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat oleh Prasarana iaitu pengendali perkhidmatan MRT ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

“Ini bukan sahaja merupakan pencapaian yang membanggakan, tetapi juga membuktikan kepentingan yang diberikan dalam memastikan keperluan rakyat diutamakan, mengatasi segala kepentingan yang lain,” kata YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Nancy memaklumkan, sebanyak 120 buah bas perantara akan disediakan melalui 26 laluan di sekitar 12 stesen yang akan beroperasi untuk fasa satu iaitu dari stesen Sungai Buloh hingga Stesen Semantan.

“Secara umumnya, projek itu bukan sahaja membantu penghuni di Kuala Lumpur dari segi pengangkutan awam darat, malah dari segi peningkatan nilai hartanah yang begitu ketara terutamanya di kawasan yang terdapat stesen MRT,” katanya.

Katanya, kira-kira 400,000 orang dianggarkan akan menggunakan perkhidmatan SBK sebaik sahaja laluan SBK mula beroperasi sepenuhnya pada Julai 2017.

“Di samping itu, apabila laluan MRT Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (SSP) mula beroperasi pada tahun 2022, dianggarkan 529,000 pengguna akan menggunakan laluan tersebut setiap har,” katanya.

Tiada ulasan: