shahbudindotcom
Pada
6 November lalu, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan bertindak pantas
dalam menjawab sebarang dakwaan dan tuduhan pihak pembangkang bagi
mengelakkan wujudnya persepsi negatif.
Beliau
berkata, sebarang dakwaan jangan dibiarkan tidak dijawab dalam tempoh
yang lama dan ia perlu dijawab oleh pihak berwajib selewat-lewatnya dua
hari selepas sesuatu isu itu ditimbulkan.
Memang
baik dan tepat saranan KJ itu, lebih-lebih dalam era teknologi
maklumat, zaman media sosial dan telefon pintar yang sentiasa dalam
genggaman sekarang ini, tidak ada sebab sesuatu isu itu perlu mengambil
masa yang lama untuk dijelaskan kepada rakyat.
Waima
di mana pun berada, seseorang yang berjawatan dalam kerajaan
sebenarnya tidak terpisah daripada menerima maklumat dan mustahil juga
tiada ruang sama-sekali untuk menjawab sebarang persoalan yang timbul.
Tambahan
lagi, dengan kedudukan sebagai pemimpin, mereka juga tentunya mempunyai
puluhan setiausaha dan pegawai khas yang bila-bila masa saja boleh
dihubungi dan diarahkan untuk memberi penjelasan.
Tetapi, bagaimana dengan KJ sendiri?
Mengapa beliau sendiri tidak mengamalkan apa yang disarankannya itu?
Bila
agaknya beliau mahu menjawab dakwaan Mukhriz Mahathir mengenai dakwaan
pertemuan sulitnya dengan bekas Menteri Besar Kedah itu dan meluahkan
ketidakpercayaan tentang penjelasan Najib Razak berkenaan 1MDB?
Benarkah
beliau sudah menghantar surat perletakan jawatan kepada Najib, tetapi
kemudian menarik baliknya setelah dipujuk oleh Timbalan Perdana Menteri,
Ahmad Zahid Hamidi?
Di mana agaknya KJ berada sekarang ini?
Mengapa sampai sekarang dakwaan yang ditimbulkan oleh Mukhriz itu masih tidak berjawab?
Apakah
beliau berada di luar lingkungan dunia yang tidak mempunyai jangkauan
telefon dan internet sehingga bukan saja dakwaan Mukhriz itu tidak
diketahuinya dan tidak dapat juga memberi arahan kepada setiausaha serta
pegawainya untuk membuat kenyataan akhbar?
Mungkinkan KJ tertinggal telefon pintarnya dan keluar tidak membawa sebarang alat gajet?
Dah lebih dua hari ni, bro?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan