Rabu, 21 Disember 2016

Kerajaan negeri Pahang lepas tangan pantau aktiviti haram, kata MP Kuantan

MALAYSIA DATELINE
 
Fuziah SallehFuziah SallehSikap lepas tangan kerajaan negeri Pahang tidak memantau aktiviti haram perlombongan bauksit daripada berlarutan mengagalkan  tempoh moratorium setahun lalu, kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.

Beliau menegaskan seharusnya kerajaan negeri tidak lepas tangan dan tutup sebelah mata membiarkan pengusaha haram melakukan aktiviti di kawasan berkenaan secara berlarutan.

Malah ujarnya lagi kabinet juga gagal menyelesaikan masalah yang mana mendedahkan warga Kuantan kepada risiko pencemaran air sungai dan bekalan air bersih.

"Walaupun warna merah tidak nampak begitu jelas dengan mata kasar, namun yang kita tidak nampak dengan mata kasar iaitu pencemaran kualiti air akan meninggalkan kesan jangka masa panjang kepada kesihatan dan kesejahteraan seluruh warga Kuantan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberikan respon kepada kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam, yang tidak menolak kemungkinan berlaku perlombongan haram bauksit sepanjang pelaksanaan tempoh moratorium, hampir setahun lalu.

"Saya mengalu-alukan kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar kerana ini memang merupakan hakikat yang telah berlaku.

"Warga Kuantan di sekitar kawasan perlombongan bauksit dan kawasan sekitar stokpile sedia maklum akan perkara ini kerana mereka sendiri lihat jumlah stokpile tidak surut dalam keadaan lori bawa bauksit keluar masuk tanpa henti setiap hari, walaupun sudah hampir setahun moratorium diumumkan ke atas industri bauksit.

"Malah saya sendiri pun sudah membuat kenyataan berkenaan aktiviti korek sambil angkat bauksit sebelum ini. Kenyataan Menteri Datuk Wan Junaidi semalam mengesahkan bahawa jumlah stokpile tidak surut. Jawapan yang logik hanyalah perlombongan haram telah berlaku," ujarnya.

Fuziah berpandangan beberapa perkara harus diputuskan di dalam mesyuarat kabinet. Ianya bukan setakat menambahkan tempoh moratorium kerana tindakan menambah moratorium ujarnya lagi tidak menjanjikan penyelesaian masalah secara total.

Justeru beliau menyenaraikan tiga perkara yang perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan negeri dan persekutuan.

"Perlu di senarai hitamkan kesemua syarikat yang telah menerima AP untuk mengangkut stokpile. Mereka telah membuktikan bahawa mereka melanggar undang-undang dengan melaksanakan perlombongan haram sedangkan AP khas tersebut hanya diberikan untuk angkut stokpile bagi tujuan eksport.

"Perlu di buat keputusan bagaimana stokpile tersebut boleh di bersihkan tanpa melibatkan syarikat perlombongan. Mungkin civil society groups (NGO) yang mahu lihat kawasan stokpile dibersihkan boleh dilibatkan didalam proses membuat keputusan ini.

"Kabinet juga wajar memikirkan bagaimana kah cara untuk rehabilitasi tapak lombong di hulu sungai di mana terdapat muka sauk untuk loji rawatan air dan di mana terdapat kawasan perumahan penduduk. Hakisan dari bekas lombong serta stokpile yang masih menimbun akan terus mencemari air sungai dan seterusnya air minuman kami warga Kuantan. Ianya juga membawa risiko banjir lumpur seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang sendiri sebelum ini," ujarnya.

Artikel berkaitan : Tidak tolak bauksit dilombong dalam tempoh moratarium, kata menteri

Tiada ulasan: