shahbudindotcom
Antara
ikrar dan jerit lolong Najib Razak dalam perhimpunan solidariti
Rohingya Ahad lalu ialah untuk berjuang habis-habisan bagi
mempertahankan hak asasi etnik tersebut di Myanmar.
"Apa
mereka nak buat? Sebagai ketua kerajaan nak minta saya tutup mata? Nak
saya bisu? Tapi saya tidak akan menutup mata dan tidak akan membisu
sebab mereka ini mesti kita bela.
"Kita bela bukan saja kerana mereka seakidah dengan kita. Mereka adalah manusia, mereka ada hak.
"Nyawa mereka bernilai dan kita akan berjuang habis-habisan."
Di
atas adalah antara petikan kata-kata yang dilafazkan sendiri oleh Najib
dalam perhimpunan tersebut sebagaimana yang dilaporkan di media-media.
Selain ahli UMNO dan ahli Pas, etnik Rohingya juga turut hadir memeriahkan perhimpunan itu.
Terpaku
dan terlentuk ramai orang dibuatnya mendengar ucapan Najib, malah Pas
juga jadi terlena dengan ikrar dan janji itu sehingga terlupa kepada
skandal 1MDB, bahkan teralpa dengan hakikat bahawa lidah tidak bertulang
sebenarnya.
Begitulah
Najib, hanya selepas dua hari beliau merelakan tekaknya sakit dengan
jerit lolong membela Rohingya, rupa-rupanya Panglima Angkatan Tentera,
Jenderal Zulkifeli Mohd Zin susah pun berada di Yangoon dengan tujuan
untuk memulihkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar.
Myanmar
Times melaporan, Jenderal Zulkifeli telah bertemu dengan Presiden
Myanmar, U Htin Kyaw dan Ketua Angkatan Tentera Myanmar, Min Aung
Hlaing bagi tujuan meredakan hubungan susulan kritikan keras Najib
terhadap kerajaan Myanmar dalam perhimpunan itu yang menyaksikan beliau
berpimpin tangan dengan Presiden Pas, Hadi Awang.
Mesyuarat
tersebut disahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat
Ketua Turus Angkatan Tentera Myanmar yang antara lain menyebut bahawa
tiada perlanggaran hak asasi manusia dilakukan ke atas masyarakat
Rohingya yang beragama Islam di negara itu.
Siapa
yang menghantar Jenderal Zulkifeli ke Myanmar kalau bukan Najib atau
sekurang-kurangnya ada restu beliau tentang pemergiannya itu?
Bagaimana nak berjuang habis-habisan terhadap Rohingya, jika belum apa-apa sudah dihantar wakil untuk memperbaiki hubungan?
Apa
lagi yang mahu dipulihkan hubungan dengan Myanmar itu? Hubungan dengan
Myanmar lebih penting atau pembelaan kepada Rohingya yang utama?
Patutlah
juga, jangankan mahu memutuskan hubungan diplomatik atau memanggil
pulang duta kita di Myanmar, malah duta Myanmar di Malaysia juga
dipanggil-panggil sehingga ini untuk diserahkan nota bantahan.
Apa yang Najib nak bela lagi etnik Rohingya selepas ini?
Betullah juga kata Tun Mahathir, tugas Perdana Menteri bukan menyertai perhimpunan tetapi bertindak menggunakan kuasa yang ada.
Kalau kuasa yang ada tidak diguna, tetapi lebih memilih berhimpun, bukankah ia hanya sandiwara?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan