Isnin, 19 Disember 2016

Hina Sultan: Surau mahu polis siasat Wan Ji

 
Penceramah bebas itu didakwa menghina institusi diraja dan kesultanan negara menerusi ceramahnya

 

wan-ji


BUKIT MERTAJAM: Jawatankuasa Surau Mohd Al-Fateh di Taman Pauh Jaya di sini hari ini membuat laporan polis terhadap seorang penceramah bebas yang didakwa menghina institusi diraja dan kesultanan negara menerusi ceramahnya.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.

Ketua Biro Dakwah dan Penerangan Surau, Jamsari Samad berkata pihaknya mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap penceramah itu kerana tindakannya juga dilihat seperti menghasut orang ramai agar membenci institusi berkenaan.

“Kebelakangan ini banyak pihak tertentu yang mula mengkritik sistem kesultanan di negara ini dengan memuat naik dalam laman sosial.

“Perkara itu kalau tidak dibendung boleh mendatangkan suasana tidak baik,” kata Jamsari kepada pemberita.

Tiada ulasan: