Isnin, 26 Disember 2016

Denggi: Hanya 30.6% adakan gotong royong

SELANGOR KINI              

SHAH ALAM : Kaji selidik dibuat Kementerian Kesihatan pada 2015 berkenaan denggi mendapati hanya 62.3 peratus sahaja masyarakat yang sanggup membersihkan kawasan rumah daripada takungan air.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam komuniti pula, hanya 30.6 peratus yang mengadakan gotong-royong.

Beliau berkata, dapatan Kementerian Kesihatan menunjukkan kesedaran orang ramai tentang demam denggi tidak diaktifkan kepada tindakan pencegahan.

denggiKatanya lagi, demam denggi dipengaruhi oleh faktor musim jangkitan mencapai kemuncak pada awal tahun dan pertengahan tahun.

“Ia dipengaruhi oleh jenis virus, vektor, faktor manusia, alam sekitar dan cuaca.

“Kawasan kotor dan cara pembuangan tidak betul menyebabkan banyak bekas menjadi tempat pembiakan nyamuk,” lapor Sinchew Daily.=EZY=

Tiada ulasan: