Khamis, 22 Disember 2016

Datuk, isteri parah ditetak perompak

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
IPOH: Seorang lelaki berpangkat Datuk parah manakala isterinya cedera selepas ditetak sekumpulan perompak di rumah mereka di Taman Meru Heights di sini hari ini. 
 
Kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu dipercayai berlaku ketika mangsa dan isterinya sedang bersiap untuk keluar sebelum didatangi perompak yang menunggang motosikal.
 
Menurut jiran mangsa yang dikenali Jasmine, 50-an, dia yang baru pulang ke rumah terkejut apabila mendengar jeritan meminta tolong dari rumah mangsa.
 
"Saya terkejut apabila melihat kira-kira lima hingga enam orang lelaki berlari keluar dari rumah mangsa dan memecut laju motosikal yang diletakkan di luar pagar.
 
"Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada mangsa kerana tubuhnya terlindung di sebalik kereta. Oleh sebab bimbang dengan keselamatan mereka, saya terus menghubungi polis untuk meminta bantuan dan meminta isteri mangsa mengunci pintu pagar rumah dengan segera," katanya.
 
Difahamkan, ketika kejadian anak perempuan dan cucu mangsa berada di dalam rumah berkenaan namun tidak dicederakan oleh perompak tersebut.
 
Kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan kecemasan

Tiada ulasan: