Sabtu, 24 Disember 2016

Coklat Daim, Toblerone tak halal, kata Jakim

ANTARAPOS.COM


Post Pic


PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan coklat Daim dan Toblerone tidak mempunyai sijil halal.

Bahagian Hab Halal Jakim berkata, kedua-dua coklat itu tidak mempunyai sijil halal Malaysia atau sijil halal asing yang diiktiraf oleh Jakim.

“Oleh itu, pengguna (Muslim) dihasihatkan supaya membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia atau asing yang diiktiraf oleh Jakim.

“Bagi maklumat mengenai produk yang mempunyai Sijil Halal Malaysia atau sijil halal asing diiktiraf Jakim, boleh melawat www.halal.gov.my,” katanya dalam Facebooknya, hari ini.

Pengguna boleh juga melawat Facebook Jakim di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/


Tiada ulasan: