shahbudindotcom
Hakikat
bahawa Pas sebuah parti yang keliru di bawah kepimpinan Hadi Awang
sebenarnya tidak dapat disangkal lagi. Ia semakin nyata dan
terang-terang di depan mata.
Pas
bukan saja keliru mengenai siapa kawan dan siapa lawan, bahkan juga
keliru tentang apa yang sebenar dimahukan dalam perjuangannya.
Ketika
meletakkan syarat kepada PPBM agar meninggalkan DAP dan Amanah jika
ingin bekerjasama dengannya, Pas terlupa bahawa di Selangor sekarang ini
ia sedang duduk semeja dengan kedua-dua parti yang dimusuhinya itu.
Malah,
ketika meletakkan syarat itu kepada PPBM, Pas tidak pula pernah
bersuara dengan nada yang sama kepada PKR dalam kerajaan negeri Selangor
yang sedia diketahui memang menjalin kerjasama dengan DAP dan Amanah.
Lebih
dari itu, dalam menyatakan kesediaan menjalin kerjasama dengan PKR
secara keseluruhannya pun, tidak pernah Pas meletakkan syarat agar
ditinggalkan DAP dan Amanah.
Kenapa hanya dengan PPBM saja diletakkan syarat agar meninggalkan DAP dan Amanah, tetapi tidak kepada PKR?
Jika
benar istiqamah dalam menentang DAP yang kononnya anti Islam serta
menolak Amanah yang dianggap sebagai parti yang khianat, mengapa tidak
dimulakan dengan meninggalkan segala jawatan dan kedudukan dalam
kerajaan negeri Selangor untuk berdiri sebagai blok ketiga yang dikenali
sebagai Gagasan Sejahtera?
Tidakkah ini menunjukkan Pas benar-benar sedang keliru?
Dua
hari lalu pula, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man meletakkan
satu lagi syarat baru, khususnya kepada PPBM, jika ingin menjalin
kerjasama dengan parti itu.
Syaratnya ialah tidak bertanding di 70 kerusi yang ditandingi oleh Pas dalam PRU 13 yang lalu.
Pas
meletakkan syarat demikian kerana beranggapan 70 kerusi itu adalah
milik mereka, meskipun dalam PRU 13 lalu ia hanya menang 21 kerusi
Parlimen saja.
Syarat ini juga menunjukkan Pas sekali lagi keliru.
Bagaimana
Pas boleh menganganggap 70 kerusi yang pernah ditandinginya itu sebagai
miliknya sedangkan ia hanya menang 21 kerusi saja?
Jika
21 kerusi yang menang itu diminta jangan dikacau, mungkin juga boleh
diterima dan difahami, tetapi dengan merasakan kerusi yang kalah juga
sebagai hak miliknya, Pas ternyata benar-benar keliru.
Dengan
meletakkan syarat syarat kepada PPBM agar 70 kerusi itu jangan dikacau,
bermakna Muhyiddin Yassin dengan sendirinya tidak boleh lagi bertanding
di Pagoh dan Mukhriz Mahathir yang pernah menjadi Ahli Parlimen Jerlun
pada PRU 12 sebelum bertanding di DUN Air Hitam pada PRU 13, turut
terpaksa mencari kerusi yang lain jika ingin bertanding lagi kerana
semua kerusi itu ditandingi oleh Pas dalam PRU 13 yang lalu?
Maka, ke kerusi mana Muhyiddin dan Mukhriz mahu lari jika ingin memenuhi syarat Pas itu?
Tidakkah
ternampak mengarut dan menunjukkan Pas benar-benar keliru dengan
tindakannya meletakkan syarat agar 70 kerusi itu jangan diganggu?
Apa sebenarnya yang dimahukan oleh Pas, kekal bertanding di 70 kerusi atau mahu memang lebih daripada 21 kerusi Parlimen?
Apakah
Pas tidak sedar bahawa PPBM akan memberi keuntungan kepadanya dari segi
kemungkinan memenangi lebih banyak kerusi kerana PPBM akan mencuri undi
daripada kalangan ahli-ahli UMNO, meskipun jika bertanding kurang
daripada 70 kerusi?
Apa seterusnya?
Jika
Pas kekal dengan kekeliruan mengenai apa yang dimahukannya, bukan saja
PPBM harus menghentikan rundingan dengan parti itu, malah Pas juga boleh
mulai sekarang mengumumkan untuk bertanding di semua 222 kerusi
Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan