Isnin, 5 Disember 2016

Arab Saudi batal caj visa haji, umrah

 
 


Raja Salman Abdulaziz telah mengeluarkan dikri diraja akan membatalkan yuran visa haji dan umrah mulai tahun ini, kata ahli Jawatankuasa Tinggi bagi Haji dan Umrah, Nasir Toruk.

Pembatalan yuran itu dibuat selepas jemaah dari Mesir dan negara Islam lain mendakwa caj tersebut mahal, menurut Alborsa News.

Berikutan pembatalan itu, Arab Saudi akan memberikan dua visa percuma untuk setiap syarikat berlesen yang bekerja di bidang haji dan umrah.

Sementara itu, pihak berkuasa Arab Saudi menggesa warga Mesir untuk melakukan reformasi badan yang mengawal syarikat-syarikat Mesir khusus dalam pelancongan agama.

Bekas ketua Jawatankuasa Pelancongan Agama di Mesir, Basel Al-Sisi berkata, pembatalan caj akan memberi kesan positif kepada sektor pelancongan agama.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya belum menerima sebarang notis rasmi berhubung keputusan itu, sambil mendakwa apa yang berlaku kini hanya berdasarkan laporan media daripada pihak Saudi. - MalaysiaGazette


Tiada ulasan: