Ahad, 11 Disember 2016

1MDB bayar hutang IPIC dengan bantuan China, gadai GLC, dakwa Rafizi

MALAYSIA DATELINE
 
 
Laporan Financial Times sahkan 1MDB akan bayar hutang IPIC dengan bantuan China, dakwa Rafizi.Laporan Financial Times sahkan 1MDB akan bayar hutang IPIC dengan bantuan China, dakwa Rafizi.


Laporan akhbar Financial Times (FT) hari ini mengesahkan bahawa 1MDB akan mula membayar hutang berjumlah USD6.5 bilion (bersamaan RM30 bilion) yang dituntut oleh syarikat pelaburan milik Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC) dengan bantuan kewangan dari Kerajaan China.

Sumber yang dipetik oleh FT juga menyebut bahawa bantuan kewangan dari Kerajaan China itu adalah sebagai pertukaran kepada aset (“asset swap”) yang akan diurusniagakan oleh Kerajaan Malaysia.

Demikian kata Rafizi Ramli dalam kemnyataannya yang memetik laporan FT bertajuk “China to help 1MDB settle multibillion-dollar legal dispute” itu.

Menurut Rafizi, berita yang disiarkan oleh Financial Times hari ini benar-benar merunsingkan beliau kerana ia seolah-olah mengesahkan satu maklumat yang telah diperolehi beberapa bulan lepas mengenai kemungkinan salah satu konglomerat berkaitan kerajaan (GLC) akan disenaraikan di Singapura dalam tahun 2017.

Ia bertujuan untuk memberi ruang kepada syarikat yang dikawal Kerajaan China (secara langsung atau tidak langsung) menguasai sebahagian besar dari sahamnya, katanya.

"Sebelum ini, saya tidak menimbulkan perkara ini kerana menunggu lebih banyak bukti dan perkembangan yang boleh mengesahkan ada kebarangkalian dakwaan itu ada kebenaran.
"Berita pada hari ini yang turut menyebut mengenai urusniaga melibatkan aset milik Kerajaan Malaysia," katanya.

Persoalan yang timbul adalah GLC manakah yang mempunyai pengaruh yang sebegitu besar untuk dijadikan pertukaran bagi bantuan kewangan mengejut sebanyak RM30 bilion seperti yang dilaporkan Financial Times hari ini?

"Pada pemahaman saya, hanya ada beberapa GLC yang mempunyai saiz aset sebesar itu iaitu PETRONAS (atau anak syarikat kumpulannya), Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia atau Sime Darby Berhad?" kata Rafizi.

Sehubungan itu, beliau mendesak Dato’ Seri Najib memberi penjelasan sama ada bantuan kewangan dari Kerajaan China akan menyebabkan salah satu aset utama seperti GLC di atas dilibatkan di dalam urusniaga baru melibatkan Kerajaan China?

Jika beliau berdiam diri, desas desus ini tidak akan berhenti dan saya akan terus menyiasat sehingga butiran aset yang ingin diurusniagakan diketahui umum.

Tiada ulasan: