Selasa, 15 November 2016

Zuraida pertahan ketua Pemuda PKR, tak perlu isytihar harta

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Beberapa pemimpin PKR dilihat bercanggah pendapat apabila diminta untuk memberi reaksi terhadap kekayaan luar biasa yang dimiliki Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly.
 
Ada pimpinan PKR bersetuju supaya Adam mengisytihar semua hartanya sebagaimana saranan Naib Presiden, Rafizi Ramli tetapi ada juga pemimpin yang tidak setuju.
 
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata gesaan Rafizi itu tidak logik.
 
“Jawatan Adam hanya sebagai Ketua Pemuda PKR Ampang yang dipilih, bukannya pegawai khas saya.
 
“Dan beliau bukan kakitangan awam atau ada jawatan dalam Ahli Majlis. Yang nak suruh beliau isytihar (harta) kenapa?” katanya kepada FMT.
 
Nada yang sama juga disuarakan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin.
 
Beliau tidak melihat wujudnya keperluan bagi Adam berbuat demikian kerana bukan penjawat awam.
 
Bagaimanapun, Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang berkata bersedia memberi kerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya mahu menyiasat Adam.
 
“Adam pun sudah menyatakan pendiriannya. Buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kalau nak periksa dengan saya pun tak apa,” katanya.
 
Semalam, Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar membawa beberapa wartawan menaiki helikopter untuk menunjukkan banglo mewah milik Adam di Ampang.
 
Jamal mendakwa pemuda berusia 28 tahun itu turut memiliki pelbagai kereta mewah, walaupun baru sepenggal memegang jawatan dalam PKR.
 
Adam bagaimanapun berkata, memiliki harta kekayaan dan gelaran “Datuk” pada usia muda bukanlah sesuatu yang aneh dan mencabar Jamal membuat laporan kepada SPRM.
 
Pada masa sama, Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo memaklumkan semalam yang beliau sudah membuat laporan kepada SPRM.
 
 

Tiada ulasan: