Sabtu, 19 November 2016

TPM beri amaran akan tangkap lebih ramai orang terlibat BERSIH 5

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BAGAN DATOH: Lebih ramai individu berkaitan BERSIH 5 dan Baju Merah akan ditangkap dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 
 
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan pihaknya sudah mempunyai senarai nama individu terbabit tetapi tidak akan mendedahkan kepada umum. 
 
"Saya menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan pihak polis untuk bertindak. 
 
"Individu ini bukan sahaja akan ditahan tetapi juga akan didakwa," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah penduduk yang dinaiki banjir air pasang besar di Kampung Simpang Tiga di sini sebentar tadi. 
 
Ahmad Zahid juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa polis menyalahgunakan kuasa kerana menangkap beberapa individu lebih awal sebelum perhimpunan BERSIH 5 berlangsung hari ini. 
 
Katanya, tiada isu salahguna kuasa kerana polis menahan individu daripada kedua-dua kumpulan baju kuning dan baju merah dan bukan hanya daripada satu pihak sahaja.
 
 

Tiada ulasan: