Jumaat, 18 November 2016

TONTON VIDEO] Maria Chin dan Mandeep Singh kini ditahan di IPD Petaling Jaya

Oleh Azizul Osman
Post Pic
SHAH ALAM: Pejabat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengesahkan bahawa Pengerusinya Maria Chin Abdullah kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sebentar tadi.
Menurut pembantu kepada Timbalan Pengerusi BERSIH Shahrul Aman Mohd Saari, Maria dibawa sejurus satu serbuan dilakukan pihak berkuasa pada jam 3.15 petang tadi di ibu pejabat pertubuhan itu hari ini.
"Polis datang (ke pejabat BERSIH jam 3.15 petang tadi. Tapi apa yang polis ambil semasa serbuan itu saya tidak maklum pula. Sebab polis datang buat serbuan tanpa beritahu apa-apa kepada kami. 
"Ada sebahagian peguam (dari Majlis Peguam) kini pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sebab Maria Chin Abdullah dan Mandeep Singh dibawa kesana sebentar tadi," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Turut dibawa ke IPD berkenaan pegawai NGO itu, Mandeep Singh.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan penahanan ini.
Mandeep hari menerusi entri Twitternya hari ini berkata polis menyerbu pejabat NGO berkenaan.
Serbuan yang turut disertai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu dibuat kurang 24 jam himpunan BERSIH 5 akan diadakan esok di ibu kota.
Serbuan dibuat dibawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Polis turut merampas sepuluh buah komputer riba, 'hardisk', dokumen pejabat dan gaji pekerja.
BERSIH disiasat susulan dakwaan mereka menerima dana besar daripada Open Society Foundation, yang diasaskan hartawan George Soros.
Selain menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH turut menuntut pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam himpunannya esok.


Tiada ulasan: