Rabu, 9 November 2016

Siling klinik KK Taiping runtuh selepas hujan lebat

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
TAIPING: Klinik Kesihatan Taiping (KK Taiping) di Jalan Tupai terpaksa ditutup petang ini selepas beberapa bahagian siling di aras satu runtuh akibat hujan lebat.
 
Video yang tersebar di media sosial menunjukkan air hujan mengalir keluar daripada siling dan sebahagian besar siling aras utama runtuh.
 
Menurut catatan di media sosial, hujan lebat turun hampir 2 jam apabila tanda-tanda kebocoran siling dikesan.
 
KK Taiping itu yang terbesar daripada 5 klinik kerajaan di bandar Taiping, Perak. 
 
Dibuka pada 2007, perkhidmatan pesakit luar Hospital Taiping dipindahkan ke klinik itu bagi memenuhi pertambahan pesakit luar.
 
Menurut statistik Kementerian Kesihatan, kira-kira 1,000 pesakit mengunjungi KK Taiping setiap hari seraya menjadikan KK Taiping antara klinik kerajaan paling sibuk di negara ini.
 
Pesakit di klinik itu dilencongkan ke Hospital Taiping dan klinik kerajaan lain, termasuk di Pokok Assam, Simpang dan Kamunting.
 
Kakitangan perubatan di KK Taiping juga ditugaskan di klinik lain.
 
 

Tiada ulasan: