Rabu, 9 November 2016

Siapa 'tetamu khas' hadir Konvensyen PH?

MALAYSIA GAZETTE


Saifudin Abdullah
Saifudin Abdullah


Seorang 'tetamu khas' akan dijemput menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang diadakan pada 12 November ini.

Bagaimanapun siapa tetamu istimewa yang dimaksudkan itu tidak diberitahu oleh Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifudin Abdullah.

"Ada seorang tetamu khas akan hadir tetapi saya tidak akan umum sekarang," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu juga mengesahkan kehadiran Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke konvensyen yang sama.

Menurutnya, kira-kira 1,000 pemimpin dan ahli parti-parti mewakili PH akan hadir dalam konvensyen yang diadakan di Ideal Convention Centre Shah Alam itu.

PH setakat ini dianggotai parti PKR, DAP dan Parti Amanah Negara dan merupakan pakatan pembangkang baharu selepas Pakatan Rakyat dibubarkan ekoran keluarnya Pas daripada kumpulan mereka.

Sebelum itu, Saifuddin ada menyatakan kemungkinan siapa yang akan dipilih menjadi Perdana Menteri sekiranya PH memenangi pilihan raya umum akan terjawab dalam konvensyen yang sama.--MalaysiaGazette


Tiada ulasan: