Ahad, 13 November 2016

Sehari selepas persediaan silat, hidung Jamal berdarah dipukul

Jamal di tumbuk
Jamal di tumbuk


Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Yunos mendakwa dipukul oleh budak suruhan Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraida Kamaruddin sehingga mengakibatkan beliau cedera di hidung petang Ahad.

Dalam insiden di pusat beli-belah Ampang Point, Jamal bersama penyokong baju Merah sedang mengekori Zuraida yang sedang berkempen untuk mempromosikan perhimpunan Bersih 5 dikawasan parlimennya.

Sejurus kemudian berlaku pergelutan dan ketika itulah muka Jamal didakwa ditumbuk pihak tidak diketahui.

Anggota kumpulan Baju Merah kemudian bergelut pula dengan beberapa anggota polis yang menyekat laluan keluar. Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka ditahan.

Ditemui media selepas itu Jamal berkata seorang daripada “budak Zuraida” telah memukulnya.

Jamal yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memberitahu beliau akan bertindak balas.

“Saya tak puas hati. Saya akan kejar mereka lebih dari apa saya umumkan (terhadap Bersih sebelum ini).

“Saya akan cincang mereka,” katanya.

Bagaimanapun melalui rakaman video, ketika kekecohan itu berlaku Jamal didengar berkata: “Polis tumbuk saya!” berkali-kali.

Tiada ulasan: