Isnin, 7 November 2016

'Saya tahu batas, hak dalam perbahasan'

Shafie Apdal
Presiden Parti Warisan Sabah,Datuk Seri Shafie Apdal keluar dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas memberikan keterangan berhubung kenyataannya berkaitan 1MDB di Parlimen baru-baru ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 
 
KUALA LUMPUR - Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan sebagai ahli Parlimen beliau sedia maklum mengenai hak dan batasan dalam membahaskan sesuatu isu di Parlimen.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Samporna berkata, beliau berhak berbahas mengenai isu-isu demi kepentingan rakyat.

"Kami tahu ianya hasutan atau tidak, namun kami tidak dibenarkan untuk berbahas mengenai isu kepentingan rakyat,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Shafie diminta memberi keterangan berhubung tindakan beliau membahaskan mengenai isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini.

Shafie memberitahu, ketika memberi keterangan di hadapan seorang pegawai penyiasat berpangkat Asistant Superitendan Polis (ASP), beliau hanya mempertahankan beberapa kenyataan yang dibuatnya di Parlimen.

Namun begitu katanya beliau kesal kerana tindakannya membahaskan isu berkepentingan awam menyebabkan beliau di panggil untuk soal siasat.

Tegasnya, proses soal siasat itu tidak sepatutnya berlaku di kalangan Ahli Parlimen yang berhak untuk berucap di Dewan Rakyat.

"Saya beranggapan ini proses intimidasi terhadap Ahli Parlimen yang sepatutnya berhak berucap di parlimen termaktub dalam Perlembagaan Artikel 63 (2) Perlembagaan Persekutuan,"katanya.

Bekas naib presiden Umno itu tiba di pekarangan Bukit Aman pada pukul 9.53 pagi dan selesai diambil keterangan selepas kira-kira satu jam.

Turut kelihatan, bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan beberapa pemimpin pembangkang, Teresa Kok, dan Lim Lip Eng yang hadir untuk memberi sokongan

Tiada ulasan: