Selasa, 8 November 2016

Perwakilan DAP bantah kerjasama dengan PPBM

AIDC News, 
 
shamsher-singh-thind 


Seorang anggota perwakilan Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 pada Ahad membantah kerjasama di antara parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perwakilan dari Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind berkata, DAP tidak seharusnya bekerjasama dengan mana-mana individu yang pernah menjadi musuh parti semata-mata untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Menurut laporan The Star, Shamsher telah menyamakan Dr Mahathir Mohamad seperti “bapa ayam” dan “ular”.

“Apabila kita menyebut Mahathir, satu cerita terlintas di fikiran saya,” kata perwakilan Chai Leng Park Shamsher Singh Thind dalam ucapannya pada Ahad.

“Seorang budak lelaki melihat ular yang cedera dan membawanya pulang untuk merawatnya. Selepas ia pulih, ia mematuk kanak-kanak itu. Dalam keadaannya yang nazak, budak itu bertanya kepada ular itu mengapa ia mematuknya. Kerana saya ular. Ia adalah sifat semulajadi saya untuk mematuk orang,’ ular itu menjawab,” kata Shamsher

Shamsher berkata Dr Mahathir boleh menjadi subjek dalam perumpamaan tentang ular itu.

“Kenyataan paling bodoh yang pernah saya dengar (tentang Dr Mahathir) adalah ‘musuh kepada musuh saya adalah kawan saya’.

“Mahathir bukanlah musuh kepada musuh saya. Beliau adalah musuh saya,” katanya.

Shamsher turut menyoal veteran DAP sama ada mereka berasa malu apabila mereka berjabat tangan dengan Dr Mahathir.

“Kenapa beliau datang kepada DAP dan Bersih sekarang? Kerana beliau takut bahawa jika pembangkang menang (pilihan raya umum), kita akan mendedahkan segala-galanya.

“Ia seperti mahu menyelamatkan pelacur, tetapi beliau adalah bapa ayam yang menjadikan wanita itu sebagai pelacur,” kata Shamsher.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Shamsher untuk menarik balik kenyataan beliau mengenai rujukan “ular dan bapa ayam” yang beliau lakukan, yang mana beliau enggan melakukan pada permulaannya.

“Janganlah kita turun sehingga ke tahap itu … Anggap ini adalah seperti dewan kuliah dan anda adalah pensyarah,” kata Lim.

Namun, Shamsher kemudiannya telah menarik balik kenyataannya itu.

Tiada ulasan: