Selasa, 15 November 2016

Pandikar tolak usul pembangkang minta polis henti siasat Muhyiddin, Shafie, Husni

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar & Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul Ahli Parlimen pembangkang yang mahu polis menghentikan siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Husni Hanadzlah bersabit Akta Rahsia Rasmi Negara.
 
Terdahulu Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin meminta Pandikar menulis surat kepada Ketua Polis Negara (KPN) untuk tidak meneruskan siasatan terhadap tiga bekas menteri berkenaan.
 
"Saya juga menyuruh Speaker menulis surat kepada IGP supaya berhenti meminta ahli-ahli parlimen supaya dipanggi untuk diambil keterangan.
 
"Kata Speaker, dia tidak boleh buat demikian, sedangkan kita tahu semua senario ini dimulakan oleh beliau," katanya dalam sidang media di lobi parlimen.
 
Tambah Hanipa, tindakan polis memanggil ketiga-tiga Ahli Parlimen Pagoh, Ahli Parlimen Semporna, dan Ahli Parlimen Tambun, adalah berpunca daripada tindakan Pandikar yang mengeluarkan kenyataan tentang rahsia rasmi tersebut.
  
"Saya percaya kalau sekiranya beliau tidak buat sebarang kenyataan, polis tidak mungkin memanggil ahli-ahli parlimen itu (untuk siasatan).
 
"Apa yang saya bangkitkan itu menyentuh semua ahli parlimen tanpa mengira sama ada pembangkang atau kerajaan. Sebab kita menyentuh isu imuniti Ahli Parlimen," tambahnya.
 
Hanipa mendakwa sekiranya seseorang ahli parlimen berbahas dan membuat kenyataan mengenai rahsia-rahsia rasmi negara di dalam Dewan Rakyat, mereka tidak boleh diambil tindakan bawah Akta Rahsia Rasmi Negara.
 
"Ucapan dari Pagoh, tiada langsung unsur hasutan. Dan sekiranya apa yg dikatakan beliau itu adalah menyentuh rahsia rasmi dalam standing order, apa2 perkaya berkait rasmi, tidak boleh didakwa  bawah akta rahsia rasmi."
 
Dewan Rakyat pada 2 November lepas menjadi kecoh apabila ahli Parlimen mempersoalkan siasatan polis terhadap tiga bekas menteri Umno yang membangkitkan perkara berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Ketiga-tiga ahli parlimen tersebut masing-masing dipanggil berikutan ucapan mereka di dalam Dewan Rakyat yang dikatakan menyentuh berkenaan rahsia rasmi negara.
 
 

Tiada ulasan: