Selasa, 15 November 2016

Mokhzani masih ahli UMNO, tak ikut jejak Tun M, Mukhriz

 
 
Ahmad Bashah Md. Hanipah
Ahmad Bashah Md. Hanipah
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz kini menjadi pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Kedua-duanya sudah keluar daripada UMNO tetapi bagaimana dengan seorang lagi anak Tun M iaitu Tan Sri Mokhzani?

Dalam kemelut bapa dan abangnya dalam pentas politik pembangkang, Mokhzani hanya meletakkan jawatan Pengerusi Sepang International Circuit selepas 13 tahun memegang jawatan itu.

Sebenarnya punca Mokhzani tidak kelihatan bersama Tun M dan Mukhriz dalam aktiviti PPBM kerana beliau masih ahli UMNO di Kedah.

Mengulas mengenainya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang juga Ketua Perhubungan UMNO Negeri mengakui Mokhzani masih ahli parti di Merbok.

"Dia (Mokhzani) masih ahli UMNO. Dia pun tidak ada permintaan nak keluar parti dan dia juga tidak terlibat dalam pentas politik pembangkang bersama Tun M dan Mukhriz. Jadi tidak ada sebab kita hendak buang dia.UMNO Merbok pun tidak ada komplen apa-apa," ujarnya kepada Malaysia Gazette di sini baru-baru ini.

Menurutnya, Mokhzani dahulu ada jawatan dalam bahagian UMNO Merbok tetapi kini hanya ahli biasa sahaja.

Menurut Ahmad Bashah, pucuk pimpinan parti juga tidak perlu meminta penjelasan daripada Mokhzani kerana sebarang tindakan memerlukan laporan daripada UMNO Merbok dan bukannya atas kapasitinya secara peribadi.--MalaysiaGazette


Tiada ulasan: