Selasa, 8 November 2016

Kritik Elly Mazlein: Apa masalah Ogy?

MALAYSIA GAZETTE




Semalam, cerita Elly Mazlein nekad menarik diri kerana bekecil hati dengan komen Datuk Ramli MS sebagi juri program Gegar Vaganza 3 (GV3) hangat diperkatakan.

Di sebalik netizen yang bersimpati dengan penyanyi berstatus ibu tunggal, pelakon senior Ogy Ahmad Daud tiba-tiba muncul memanaskan keadaan.

Kata Ogy lantang, dia menyokong penyingkiran Elly yang hanya suka berdrama dalam program tersebut.

“Ini IG saya dan saya berhak utk menulis apa yang saya nak. You all tak suka saya dan tak suka baca komen saya tak perlu baca. Saya pun tak hard up nak jadi juri GV. Dan saya nak kais pagi ke, tak hidup mewah ke yang penting saya tak ganggu orang lain meminta-minta”

“So you people that don’t like me that’s your problem and this is my IG. Go get a life. Yang duk cakap saya ni nenek suatu hari awak juga akan jadi nenek. End of story. Cerita saya berhijrah dan bertudung bukan urusan awak yang duk mengata,” tulisnya menerusi akaun Instagram.

Pergaduhan di laman sosial itu apabila Ogy membalas komen salah seorang peminat sambil mengkritik persembahan Elly pada malam itu.

Situasi mula menjadi tegang yang mengundang kepada perang mulut di antara primadona dan peminat Elly Mazlein yang mempertahankannya.

Lebih panas lagi apabila peminat mula membandingkan kedudukannya sebagai selebriti yang tidak lagi relevan pada ketika ini.

Walaupun, Elly telah pun membuat keputusan untuk menarik diri, tidak kira apa sebabnya mungkin itu adalah yang terbaik untuk dirinya.

Orang luar pula tidak perlulah mengkritik sehingga bergaduh sesama sendiri. Nama pun program menyanyi, siapa tahu mungkin Elly akan diumumkan masuk semula dalam program itu pada minggu akan datang walaupun Elly nekad tidak akan kembali lagi dalam GV3.

Buat Ogy, tidak perlulah hendak melatah menyalahkan Elly. Siapa yang buat drama sebenarnya? Stesen televisyen, juri atau pengacara. Peserta yang muncul di atas pentas hanya melaksanan tugasan lagu yang diberikan sahaja. Jadi, apa masalah Ogy sebenarnya? -- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: