Rabu, 16 November 2016

KETAWA PANJANG BUAT NAJIB....

 shahbudindotcom


Kehkehkeh....macam nak ketawa panjang rasanya kali ini...

Ketika berada di Jepun, Najib dilaporkan memberitahu media di sana bahawa beliaulah orang pertama yang mengarahkan siasatan dijalankan terhadap 1MDB.

Katanya, selain mengarahkan beberapa agensi kerajaan menjalankan penyiasatan, beliau juga secara konsisten mahu tindakan undang-undang diambil jika sebarang kesalahan dapat dibuktikan.

Kahkahkah...susah pulak nak berhenti ketawa ini, terasa luar biasa gelihatinya!

Sedapnya Najib bercakap di luar negara seolah-olah beliaulah satu-satunya manusia suci dan benar-benar mahukan kebenaran berkaitan kemelut 1MDB, sedangkan di negara sendiri, beliau seringkali melarikan diri dan tidak membenarkan ditanyakan soalan waima di Parlimen sekali pun.
 
 
 
 
Benarkah Najib orang pertama mahukan siasatan dijalankan?

Jika tiada desakan kuat daripada pihak pembangkang, media bebas dan rakyat yang saban hari bercakap dan mempersoalkan mengenai 1MDB, apakah mungkin Najib sendiri sedia membuka ruang ke arah itu?

Setelah siasatan dijalankan pula, apa hasilnya?

Kenapa begitu banyak pemecatan dan kacau ganggu berlaku semasa siasatan berkaitan 1MDB sedang berjalan?

Kenapa Najib hanya berani mengatakan tentang penyiasatan 1MDB saja, tetapi tidak hasilnya? 

Bukankah yang lebih penting ialah hasil penyiasatan itu?

Siapa yang sudah didakwa dan dibawa ke mahkamah dan siapa pula yang seolah-olah diberi perlindungan?

Kenapa di Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland sudah ternampak kemajuan dalam penyiasatan 1MDB, malah sudah ada yang didakwa, dibicara dan dihukum, tetapi di Malaysia masih belum ternampak tanda-tanda positifnya lagi?

Mengapa Peguam Negara Malaysia yang baru dilantik enggan memberi kerjasama MLA kepada pihak berkuasa Switzerland dan menolak dua kali permohonan SPRM di bawah kepimpinan lama untuk mendapatkan maklumat dan dokumen di luar negara?

Lebih dari itu, kenapa bukan saja laporan audit 1MDB itu kekal diOSAkan, bahkan yang bercakap tentang kebenaran pula yang dihukum dan dipenjarakan?

Soalnya, kenapa Najib hanya berani menceceh di luar negara, tetapi sering lari dan berselindung di ruang yang sah di negara sendiri?

Najib, Najib...rakyat makin ramai yang tertawa dengan kelakuanmu!!


Tiada ulasan: