Jumaat, 11 November 2016

Kalau Nik Aziz masih hidup pun, PAS tak sertai Bersih 5

MALAYSIA TODAY


Takiyuddin Hassan


Setiausaha agung PAS berkata penyertaan PAS dalam Bersih sebelum ini atas sebab tertentu dan berbeza dengan Bersih 5.

(FMT) – PAS yakin ahlinya tidak akan menyertai Bersih 5 jika bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup, kata Datuk Takiyuddin Hassan.

Setiausaha agung PAS itu berkata jika Nik Aziz masih ada sekarang, pastinya beliau akan kata tidak perlu menyertai perhimpunan berkenaan.

“Mungkin kalau Nik Aziz (masih) ada (hidup), dia akan kata tidak perlu. Saya boleh buat andaian itu. Memanglah dulu kita sertai Bersih tetapi atas sebab tertentu.

“Kali ini kita buat keputusan tidak sertai Bersih,” katanya kepada FMT.

Takiyuddin berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Adun Salor Datuk Husam Musa sebelum ini yang mendakwa Nik Aziz semasa hayatnya mengarahkan ahli parti Islam itu agar menyertai Bersih.

Husam berkata demikian ketika mengulas pendirian PAS yang kini enggan menyertai Bersih 5.

“Saya nak ulang sekali lagi, bagi yang was-was sampai Bersih pun tak boleh hadir, minta maaf saya tak mahu apologetik, Tok Guru Nik Aziz kata wajib hadir Bersih, masa dia hidup,” katanya yang mendakwa memetik kata-kata Nik Aziz sebelum ini.

Takiyuddin berkata jika Husam mahu menggunakan nama Nik Aziz, itu terpulang kepadanya.

Tiada ulasan: