Jumaat, 4 November 2016

Jangan pandang ringan pengaruh Bersatu




Muhyiddin serah borang pendaftaran Parti Bersatu
Muhyiddin ketika ditemui media di pekarangan pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).


SHAH ALAM - Penubuhan Bersatu yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak boleh dipandang ringan terutama oleh BN.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, BN perlu mengkaji kesan penubuhan Bersatu kepada parti itu, pada PRU14.

Beliau berkata, pengumuman barisan Ahli Majlis Pimpinan (AMP) oleh presiden parti berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassim kelmarin adalah bukti jelas parti itu tidak boleh dipandang enteng.

“AMP Bersatu terdiri daripada orang berpengaruh dan mempunyai pelbagai latar belakang termasuklah individu yang tidak disangka menyertai dunia politik, iaitu mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Rahman,” katanya.

Namun begitu katanya, kekuatan Bersatu masih sukar diukur walaupun dibarisi oleh individu yang berpengaruh.

“PRU adalah medan terbaik untuk masyarakat menilai kehebatan dan kekuatan parti tersebut.

“Di situlah masyarakat boleh menilai bagaimana kepimpinan Bersatu mengemudi parti itu. Segala persoalan akan terjawab pada PRU,” katanya.

Mohd Fuad berkata, Bersatu seringkali diuar-uarkan sebagai parti yang lahir daripada pihak yang tidak berpuas hati terhadap pimpinan terdahulu.

“Jadi, sesiapa sahaja yang keluar daripada parti pemerintah dan menyertai parti pembangkang adalah orang yang tidak bersetuju dengan parti,” katanya.


Tiada ulasan: