Jumaat, 18 November 2016

Ibunegara dilanda banjir kilat akibat hujan lebat

MALAYSIA KINI


Hujan lebat yang melanda ibu negara petang tadi menyebabkan tiga jalan utama terjejas teruk akibat banjir kilat.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata jalan berkenaan ialah Jalan Raja Chulan, Jalan Ampang dan Jalan Kuching.

Hujan lebat kira-kira 4 petang tadi menyebabkan jalan itu ditenggelami air sedalam satu meter.

"Pihak bomba menempatkan 11 pegawai dan anggota untuk bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Setakat ini, keadaan trafik di sekitar ibu negara masih terkawal," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, beliau berkata terdapat sebatang pokok tumbang di Sri Hartamas 1 yang menghalang lorong utama dari pusat bandar ke kawasan kediaman itu.

"Satu lencongan terpaksa dilakukan bagi kerja-kerja pembersihan dijalankan. Jalan itu boleh digunakan sepenuhnya kira-kira 6 petang tadi dan tiada kerosakan dilaporkan," katanya.- Bernama


Tiada ulasan: