Isnin, 7 November 2016

DAP Pulau Pinang akui cabaran getir pada PRU-14

BERITA HARIAN ONLINE


Chow Kon Yeow 


GEORGETOWN – DAP Pulau Pinang mengakui senario politik negara semakin mencabar, khususnya bagi parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusinya, Chow Kon Yeow, berkata keadaan itu berlaku akibat beberapa faktor yang membabitkan parti politik lain di negara ini.

Katanya, Barisan Nasional (BN) juga seolah-olah berjaya memulihkan kekuatan berikutan keputusan memberangsangkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Negara juga dicengkam dengan keresahan akibat ketidaktentuan PAS dalam mendesak pelaksanaan undang-undang hudud di Parlimen, sekali gus menimbulkan banyak ketegangan.

“Selain itu, penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga meningkatkan ketegangan politik dalam kalangan masyarakat Melayu,” katanya ketika berucap di Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 di sini, hari ini.

Konvensyen hambar

SEBAHAGIAN perwakilan yang hadir pada Konvensyen DAP Pulau Pinang di Georgetown. - Gambar NSTP/Mikail Ong
SEBAHAGIAN perwakilan yang hadir pada Konvensyen DAP Pulau Pinang di Georgetown. – Gambar NSTP/Mikail Ong

Konvensyen DAP Pulau Pinang yang berlangsung hari ini, hambar apabila lebih separuh daripada perwakilan meninggalkan dewan ketika sesi perbahasan usul.

Bermula dengan 287 perwakilan yang mendaftar diri pada sesi pagi, hanya tinggal kira-kira 50 orang dalam dewan ketika sesi perbahasan.

Selain itu, kebanyakan perwakilan dilihat bersembang dan tidur, bukannya memberi tumpuan kepada usul yang dibahaskan.

Tiada ulasan: