Rabu, 9 November 2016

BN Selangor mahu Azmin dedah kaedah nilai pampasan pada SPLASH

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor mahu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali membentangkan kaedah penilaian yang digunapakai kerajaan negeri untuk membayar pampasan RM2.7 bilion kepada SPLASH.
 
ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata Azmin perlu bersikap telus dalam isu tersebut memandangkan ia melibatkan peningkatan 10 kali ganda daripada tawaran asal, bernilai RM250 juta.
 
"Dari segi ekuiti ini Menteri Besar kena terangkan daripada mana dapat jumlah 10 kali ganda ini? Seperti yang disebut ADUN Perlabuhan Klang (Tan Sri Khalid Ibrahim) kerana ada dua jumlah yang berbeza. Kalau perbezaan itu satu peratus saya ingat kita boleh terima, ini bukan satu peratus tapi 10 kali ganda dan nilai itu cukup besar
 
"Kita rasa amat sangsi dan kita mengharapkan kerajaan negeri supaya bawa dalam Dewan, kalau boleh keluarkan kertas putih atau penilaian semula suapaya kita boleh bahas dan kita boleh tengok. 
 
"Saya tidak tahu sejauh mana Menteri Besar mahu bentangkan perkara ini supaya ADUN boleh sama berbahas dan kita tengok seajuh mana pengiraan itu dibuat," kata Sulaiman pada sidang medianya hari ini.
 
Khalid sebelum ini mempersoalkan kepimpinan Azmin yang dilaporkan hampir bersetuju untuk membayar pampasan kepada SPLASH atau Syarikat Pengeluar Air Selangor dengan nilai RM2.7 bilion.
 
Peningkatan itu adalah 10 kali ganda daripada tawaran asal kerajaan negeri Selangor sewaktu Khalid menerajui Selangor.
 
Azmin ketika berbahas dalam DUN Selangor melemparkan tuduhan bahawa Khalid yang memulakan tawaran RM2.9 bilion kepada SLASH selain gagal memaklumkan kepada dewan bersabit perkembangan proses mengambil alih empat syarikat konsesi air termasuk SPLASH.
 
Khalid bingkas mengeluarkan kenyataan media dan menepis tohmahan Azmin seraya membidas ADUN Bukit Antarabangsa itu sebagai sengan mengalihkan isu demi menutup keputusannya yang bersedia membayar SPLASH dengan harga yang tinggi.
 
Azmin juga mencabar Khalid menjawab dakwaannya di DUN Selangor.
 
Khalid bingkas membuat permohonan di pejabat DUN Selangor, namun seperti dijangka Speaker Dewan, Hanna Yeoh menolak permintaan itu.
 
Sulaiman dalam pada itu berkata, jika BN Selangor menjumpai sesuatu yang curiga mengenai pengambil laihan aset SPLASH, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
"Saya yakin kalau kita ada temui apa-apa bukti dan fakta yang menunjuk kepada penyelewengan dan unsur bersifat kepentingan peribadi pasti kita akan buat laporan kepada SPRM. Itu wajar untuk kita buat," katanya dalam sidang media di DUN hari ini.
 
Menurut Khalid menuduh kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali yang dikatakan hampir bersetuju untuk membayar sejumlah RM2.7 bilion kepada SPLASH walaupun tawaran asal kepada syarikat itu adalah berjumlah RM250 juta sahaja.
 
Malah tuduhan sama turut dilemparkan Azmin apabila menuduh Khalid menawarkan SPLASH atau Syarikat Pengeluar Air Selangor, nilai pampasan sehingga RM2.9 bilion selain gagal memaklumkan perkembangan pengambil alihan aset kepada DUN Selangor, sewaktu menjadi menteri besar.
 
Difahamkan proses pemgambilalihan syarikat air terahkir di Selangor itu meningkat sebanyak 10 kali ganda apabila hanya ditawarkan sebanyak RM250 juta berbanding RM2.9 bilion kini.
 
BN menerusi ADUN Sungai Burong Datuk Shamsuddin Lias semalam mengusulkan kepada kerajaan negeri agar pendengaran awam bagi meleraikan tuduh-menuduh berhubung isu pengambilalihan aset SPLASH antara Khalid Ibrahim dengan Azmin atas platform Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, dan Ketelusan Selangor (SELCAT).
 
Namun usul berkenaan tidak diterima Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh.
 
"Kita mengharapkan apabila kita kemukakan usul dalam SELCAT sebagai ADUN BN kita kena ikut peraturan dan prosedur yang ada dalam Dewan. 
 
"Kita mewujudkan jawatankuasa SELCAT sudah tentulah tujuannya untuk menambahbaik kepada sistem, dan kita cadangkan kepada SELCAT bagaimana ADUN Sungai Burong cadangkan tapi ini ditolak. Jadi saya fikir dalam Dewan pun Menteri Besar hanya menyebut perkara-perkara tertentu secara seimbas lalu dan tidak secara jelas pun," jelas Sulaiman lagi.
 
 

Tiada ulasan: