Selasa, 1 November 2016

Baldi 'hadiah' Pemuda Umno kepada Selangor bertukar tangan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Baldi yang diberikan Pemuda Umno kepada kerajaan negeri Selangor sebagai bantahan krisis air yang melanda negeri itu, diserahkan kepada wakil penduduk Pahang.
 
Penyerahan itu kata Exco Selangor, Elizabteh Wong adalah signifikan membuktikan bahawa Pahang sebenarnya mengalami masalah krisis air terbesar, buat masa ini.
 
“Di Pahang ada masalah air. Mereka tidak cukup air dan catuan air termasuk di Pekan terpaksa dibuat. Kami bersimpati dengan keadaan di Pahang.
 
“Di Selangor kita berjaya selesaikan isu air dan baldi ini diserahkan kepada Pahang supaya mereka tahu bahawa bukan di Malaysia ini cuma ada Selangor sahaja,” katanya ketika menyerahkan sebuah baldi kepada wakil penduduk Pahang di lobi Dewan Negeri Selangor, di sini.
 
Pagi tadi, hampir 200 orang Pemuda Umno berkumpul di hadapan SUK sambil membawa baldi dan botol air sebagai protes kepada krisis bekalan air di Selangor.
 
Krisis itu berlarutan sejak September lalu hingga memaksa Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih terpaksa ditutup beberapa kali dan menjejaskan lebih sejuta pengguna.
 
Elizabeth sebelum ini memberitahu pelbagai gerak kerja dan inisiatif dilakukan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah bekalan air melibatkan LRA Semenyih.
 
Kerajaan negeri juga dilaporkan menuduh Umno Selangor sebagai mendalangi pencemaran air di Sungai Semenyih hingga memaksa LRA itu ditutup.
 
Umno Selangor menafikan tuduhan itu dan menggesa polis segera melakukan siasatan bagi membuktikan tuduhan itu.
 
Azmin mengesahkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
 
 

Tiada ulasan: