Selasa, 11 Oktober 2016

Umno ajar anak muda jadi samseng, dakwa Jawatankuasa Bersih 5

MOHD ALI HASHIM
 
 
Asmirul Anuar ArisAsmirul Anuar ArisJawatankuasa Bersih 5 Negeri Kedah mengutuk sekeras-kerasnya kumpulan penyokong Baju Merah  yang dipercayai disokong pimpinan  Umno bahagian yang membiarkan penyokongnya bertindak biadap dan tidak berakhlak terhadap  peserta Konvoi Bersih 5 yang bergerak secara harmonis.

Koordinator Bersih 5 Negeri Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, sudah jelas kumpulan Baju Merah dipercayai diketuai dikalangan pimpinan Bahagian parti itu.

"Di Perlis minggu lalu, Datuk Seri Shahidan Kassim sendiri selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertopeng dan mengetuai Baju Merah di sana.

"Begitu juga dengan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang membuat provokasi di Lumut, Perak.

"Ini bukan lagi persepsi atau andaian mahupun fitnah, sebaliknya jelas dan terang lagi nyata, apakah ada tindakan undang-undang terhadap mereka, "  katanya.

Asmirul yang juga Ketua Pemuda Negeri Kedah turut berkata,Konvoi Bersih 5 bertujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat yang menuntut lima tuntutan Bersih kepada kerajaan bagi menambaikan kepada sistem sedia ada, sebaliknya perbuatan penyokong Baju Merah menghalangnya adalah melampau.

Antara penyokong baju merah yang mengunakan lambang Umno ketika melakukan protes terhadap konvoi Bersih 5 di Kedah baru-baru ini.Antara penyokong baju merah yang mengunakan lambang Umno ketika melakukan protes terhadap konvoi Bersih 5 di Kedah baru-baru ini.
Tegasnya lagi, sekiranya inilah sikap yang diamalkan oleh pemimpin Umno dengan menggalakkan golongan bawahan termasuk anak-anak muda untuk bertindak liar, biadap dan kurang ajar, maka ia akan membawa keruntuhan moral kepada anak muda Melayu dan Islam pada masa yang akan datang.
"Kumpulan Baju Merah memang sudah melampau.

 "Mereka berkiblatkan Umno dan tidak perlu dinafikan lagi oleh Datuk Seri Nazri Aziz.

"Lambang Umno terpampang pada baju merah dan sudah terang lagi bersuluh.

"Mengupah mat rempit dan puak samseng menggunakan kekerasan untuk menghalang peserta Konvoi Bersih 5 adalah bukti betapa Umno begitu takut dengan kebangkitan rakyat yang menuntut perubahan.

"Mereka yang telah bertindak liar dan samseng mesti diambil tindakan segera tanpa memberi muka kepada kumpulan tersebut untuk meneruskan ugutan dan ancaman mereka menjelang himpunan Bersih 19 November yang akan datang.

"Malaysia adalah negara berperlembagaan dan harus mengikut undang-undang termasuk berhimpun secara aman seperti yang dilakukan oleh Konvoi Bersih 5, " ujarnya.

Sehubungan itu katanya, mereka yang berani mencabar undang-undang termasuk mencabar PDRM sepertimana yang dilakukan oleh kumpulan Baju Merah baru-baru ini, harus diambil tindakan segera.

"Apakah kumpulan Baju Merah begitu berani seolah-olah mereka dilindungi oleh pemimpin politik.

"Sepatutnya pemimpin Umno memikirkan bagaimana untuk mentadbir negara dengan cara 'good governance', berintegriti dan mengangkat tahap keselamatan rakyat dengan lebih terjamin.

"Pihak PDRM mesti segera bertindak dan mengambil tindakan sepantas-pantasnya terhadap kumpulan Baju Merah yang telah terbukti, jelas dan nyata provokasi dan ancaman yang telah mereka lakukan sehingga mampu menggugat ketenteraman awam, " tambahnya lagi.

Walau bagaimana pun beliau, selaku koordinator Bersih 5 Program Bersih 5 Negeri Kedah, mengucapkan tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada PDRM Negeri Kedah yang telah berjaya mengawal keselamatan lalu lintas bagi peserta Konvoi Bersih 5 baru-baru ini

Tiada ulasan: