Khamis, 13 Oktober 2016

Takut bayar tol lebih? Jangan terlalu lambat keluar lebuh raya PLUS



DETIK DAILY






KUALA LUMPUR — Pengguna lebuh raya PLUS yang keluar plaza tol terlalu lambat daripada tempoh akan dikenakan bayaran lebih tinggi sebagai “denda,” kata syarikat terbabit.Langkah ini diperkenalkan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi mengelak pengguna memanipulasi kad transit caj tol di beberapa lebuh raya yang diurus olehnya.

“Di antara taktik yang digunakan oleh pihak-pihak tersebut adalah seperti menukar, menyimpan dan manipulasi kad transit tol dan sebagainya,” kata syarikat itu dalam kenyataannya.
“Berdasarkan rekod kami, jumlah kegiatan manipulasi kad transit tol semakin meningkat setiap tahun.”

0713hrs Sila rujuk kenyataan PLUS mengenai Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan (LJT) di https://t.co/wgXxIYrFuG
— plusline1800880000 (@plustrafik) October 11, 2016
Untuk mengawal masalah tersebut, tambahnya, denda “perjalanan melebihi tempoh yang ditetapkan” (LJT) dikenakan apabila waktu masuk dan keluar dari lebuh raya “meragukan.”

Namun PLUS Malaysia Berhad akan memulangkan jumlah denda tersebut jika ia berpuas hati dengan alasan atau bukti yang ditunjukkan atas kelewatan pengguna keluar dari lebuh raya.

“Penalti LJT hanya boleh dikenakan sekiranya pengguna gagal memberi alasan atau bukti yang munasabah apabila melebihi tempoh perjalanan yang telah ditetapkan kepada petugas tol ketika membuat bayaran di plaza tol keluar,” kenyataan PLUS semalam dipetik.

Syarikat pengendali itu juga berkata ia mempunyai rekod lengkap kesesakan, kerja penyelenggaraan, kemalangan atau kerosakan kenderaan yang mengendalakan perjalanan.

1224hrs Awasi jarak & had kelajuan kenderaan anda ketika berada di dalam cuaca hujan. pic.twitter.com/ixGRWhyBuQ
— plusline1800880000 (@plustrafik) October 12, 2016
“Rekod tersebut dirujuk dan disemak oleh petugas tol sebelum penalti LJT boleh dipertimbangkan dan dikenakan,” katanya lagi di laman web rasmi.

Ia memberikan contoh perjalanan di antara plaza tol Gurun dan Pendang lazimnya hanya memakan masa 30 minit, tidak termasuk berhenti rehat yang boleh mencapai jumlah 138 minit.

“Sekiranya pengguna tersebut keluar di plaza tol Pendang melebihi tempoh yang dikira dari waktu memasuki plaza tol Gurun tanpa alasan serta bukti yang munasabah, maka penalti LJT boleh dikenakan,” kata PLUS.

“Namun begitu, PLUS akan membayar balik jumlah penalti tersebut seandainya pengguna dapat mengemukakan bukti.”

Tiada ulasan: