Jumaat, 14 Oktober 2016

SPRM tahan suspek kelima kes salah guna dana kerajaan RM3.3 bilion

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan negeri kerana disyaki terbabit dalam kes salah guna dana kerajaan Persekutuan bernilai RM3.3 bilion di pejabatnya di sini, semalam.
 
Suspek kelima ditahan SPRM itu bersara sebagai timbalan pengarah agensi kerajaan negeri itu tahun lalu.
 
Sumber memberitahu, siasatan awal mendapati suspek juga telah menerima sejumlah wang daripada kontraktor-kontraktor ketika memegang jawatan sebagai timbalan pengarah.
 
“Tiada rampasan wang tunai dilakukan tetapi dua buah kenderaan milik suspek iaitu jenis Mercedes Benz dan Land Cruiser dirampas.
 
“Mahkamah Majistret membenarkan permohanan SPRM menahan reman suspek selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya dipetik Utusan Online hari ini.
 
 

Tiada ulasan: