Selasa, 18 Oktober 2016

Solidariti Pakatan Harapan untuk Mazlan Aliman

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Mazlan AlimanMazlan AlimanPakatan Harapan hari ini sebulat suara menyatakan solidariti ke atas presiden Persatuan Anak Perneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman yang diarah membayar saman sejumlah RM500,000 kepada Felda.

Saman tersebut ekoran tulisan Mazlan dalam bukunya bertajuk “Felda...Dulu Tolong Sekarang Along!” yang dicetak oleh syarikat Angkatan Edaran.

Sekiranya Mazlan tidak dapat membayar wang tuntutan ini, beliau akan segera dimufliskan dan tidak lagi boleh memimpin mana-mana organisasi untuk memperjuangkan rakyat dan membebaskan golongan Felda.

Dalam kenyataan bersama yang dibacakan presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu pada sidang media hari ini, mereka merayu orang ramai untuk membantu Mazlan di bawah projek “Solidariti Bersama Mazlan Aliman” dengan sumbangan sekurang-kurangnya RM10.

Sumbangan boleh disalurkan ke nombor 564258576644 (Maybank) atas nama PUSAT PENGGERAK MOBILISASI.

Setiap sumbangan hendaklah dimaklumkan kepada nombor 017-7709869 (Rahmat).
Mohamad Sabu pada sidang media hari ini, merayu orang ramai untuk membantu Mazlan di bawah projek “Solidariti Bersama Mazlan Aliman”Mohamad Sabu pada sidang media hari ini, merayu orang ramai untuk membantu Mazlan di bawah projek “Solidariti Bersama Mazlan Aliman”
“Sewajarnya rakyat Malaysia menyanjung tinggi semua usaha membela golongan tertindas yang tidak terbela seperti peneroka Felda yang memerlukan pencerahan terhadap hak mereka.

“Mazlan Aliman ialah anak peneroka yang bangun memperjuangkan nasib dan perubahan kepada peneroka. Dalam perjuangannya, beliau telah menghadapi pelbagai tentangan dan halangan.

“Beliau juga dihalang memasuki Sarawak untuk memperjuangkan tanah adat. Turun naik mahkamah, bermalam di lokap juga sudah menjadi parkara biasa bagi beliau,” kata Mohamad ketika membacakan kenyataan tersebut.

Kenyataan bersama itu disokong oleh setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir; ahli jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu; aktivis masyarakat, Hishamuddin Rais; ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar; dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Pada 20015, Hakim Datuk Su Geok Yiam memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd sebanyak RM150,00 kepada Felda.

Sementara jumlah RM350,000 adalah bagi ganti rugi am dan teruk. Pada 20 Julai 2009, Felda memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku itu dan mendakwa tajuk buku tersebut membawa maksud Felda adalah Ah Long atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.

Felda dalam pernyataan tuntutannya mendakwa buku itu menggambarkan Felda bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif, dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas.

Felda berkata kandungan buku itu juga berniat jahat dan dibuat untuk merosakkan reputasi Felda bagi merendah-rendahkan imejnya di mata masyarakat.

Sementara itu, Ronnie mengumumkan DAP Selangor menyumbangn sebanyak RM500 kepada Mazlan dan RM500 daripada beliau sendiri.

Tiada ulasan: