Sabtu, 15 Oktober 2016

Setuju gabung tumbangkan BN

MALAYSIA TODAY

(Sinar Harian) – Pas Perak bersetuju bergabung dengan parti Bersatu bagi menumbangkan BN pada PRU akan datang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria berkata, gabungan itu adalah bersyarat iaitu perlulah menghormati prinsip dan perjuangan Pas dalam menegakkan Islam dari semua segi termasuk kepimpinan.

Menurutnya, Pas tidak akan tunduk terhadap kehendak mana-mana pihak yang mengetepikan prinsip perjuangan hanya untuk memenangi PRU.

“Pendirian itu adalah ketegasan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meminta parti yang mahu bergabung perlulah melakukan perubahan untuk menegakkan Islam.

“Pas tetap memperjuangkan Islam dan gabungan itu perlulah menghormati prinsip perjuangan parti masing-masing. Kalah itu perkara biasa tetapi kami setia kepada perjuangan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui bahawa bukan mudah untuk menumbangkan sebuah parti kerajaan seperti BN yang terdiri daripada gabungan 14 parti yang saling menyokong antara satu sama lain setiap kali PRU.

Sementara itu, mengulas mengenai pelantikan Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu,
Razman berkata, pemilihan Hashim adalah tepat berikutan pengalamannya yang luas dalam dunia politik dan ‘orang lama’ dalam parti.

“Selain itu, beliau juga berpandangan jauh dalam arena politik serta tegas dan berprinsip dalam perjuangan parti. Beliau antara individu paling awal terlibat dalam Pas dan beristiqamah,” katanya.

Tiada ulasan: