Khamis, 20 Oktober 2016

Selepas Universiti Malaya Beri Surat Tunjuk Sebab Kepada Anis Syafiqah….

 

 
maria


Rozmi Mokhtar - Ekoran surat tunjuk sebab bertarikh 12 Oktober yang dikeluarkan oleh Universiti Malaya ke atas Anis Syafiqah kerana salah laku beliau yang mengetuai satu perhimpunan haram oleh pelajar universiti Malaya “TANGKAP MO1” di hadapan pasaraya Sogo dan telah menyebabkan Anis Syafiqah ditahan dan dibawa di balai polis seterusnya identitinya beliau diambi oleh pehak polis dan tindakannya ini jelas telah memalukan Universiti Malaya dan tindakan Anis Syafiqah bertentangan dengan Akta Universiti yang telah ditandatangani beliau sebelum ini.


Dikhabarkah ekoran dari keadaan ini ibu bapa Anis Syafiqah mengamuk dan telah mencari Maria dan dipercayai kedua ibu bapa Anis Syafiqah mahu penghasut itu bertanggung jawab sepenuhnya ke atas anak beliau sekiranya apa apa yang berlaku ke atas anaknya itu.

Maria yang merupakan dalang di sebalik penganjuran BERSIH bagaimana pun tidak ditemui.

Manakala Rafizi Ramli yang mendapat berita bahawa kedua ibu bapa Anis Syafiqah mencari pemimpin DAP dan PKR, telah lari meninggalkan pejabat PKR dan dipercayai bagi mengelak bertemu dengan ibu bapa Anis Syafiqah.

Anis Syafiqah yang mungkin terkejut dengan kemunculan ibu bapanya, serta kegagalan menghubungi mentor mentornya telah menangis teresak-esak menerima keadaan tersebut disampung menahan kemarahan ibu bapanya.

Seperti lapor My Massa. Sebelum ini, berbagai pehak telah tampil memberikan nasihat dan pandangan agar Anis Syafiqah tidak menjadi kaldai DAP.

Nasihat tersebut termasuklah dari bekas aktivis DAP sebelum ini iaitu Adam Adli yang telah berkongsi pengalaman pahit beliau dia ditahan di dalam lokap sebelum ini ketika telibat dengan program anjuran DAP.

Mengikut Adam Adli tiada seorang pun dari pemimpin DAP, PKR dan parti pembangkang yang lain datang untuk menjamin beliau dari lokap atau pun tampil bertanya khabar sepanjang beliau ditahan.

Namun Anis Syafiqah yang mungkin teruja dengan layanan pembangkang serta liputan akhbar termasuk di media sosial tidak sedikit pun mengendahkan nasihat, malah begitu angkuh menyatakan bahawa ijazah hanya sekeping kertas apabila banyak pihak mempertikai keputusan peperiksaan beliau di universiti..

Mengikut Akta Universiti Dan Kolej Universiti, terdapat 5 tindakan disiplin yang boleh dikenakan atau disabitkan terhadap pelajar yang dituduh melakukan sesuatu kesalahan di bawah AUKU, jika didapati salah. Iaitu;

1. Amaran keras
2. Denda tak lebih dari RM200
3. Dilarang menghadiri atau menghampiri sesuatu kawasan yang pernah dicerobohi oleh pelajar tersebut.
4. Digantung pengajian minimum 6 bulan (1 semester) dan maksimum 12 bulan (2 semester).
5. Dibuang

Penulis secara peribadi menjangkakan bahawa Anis Syafiqah paling minumin berhadapan hukuman no 4 dan beliau juga berhadapan hukuman maksimun (no 5) berikutan pengelibatannya yang cukup serius serta memalukan Universiti Malaya..

Di media sosial pula kebanyakan nitezen berharap agar Anis Syafiqah dibuang dari universiti agar menjadi pengajaran pada pelajar lain.

Pepatah ada menyebut apa yang kita semai, itulah yang kita tuai.





Tiada ulasan: